Thursday, 31 October 2019

Gpr Food Sdn Bhd 6

Selesai urusan di Terengganu maka pulanglah kami meneruskan misi di KL .

Seminggu selepas itu , seramai 4 orang yang kami pilih di minta turun ke KL untuk training.

First day training lokasi di Seksyen 14 Petaling Jaya.

Macam biasa tugas newcomer perlu approach customer face to face .

Kat sini skill seorang leader teruji bila macam macam isu dan kerenah dalam team timbul.

Bagaimana seorang leader yang bagus menangani isu isu dalam team.

Isu dan konflik yang timbul jika tidak di atasi dengan bijak akan efek kepada ahli group yang lain.


Gpr Food Sdn Bhd 5


Tujuan utama ke Terengganu adalah untuk interview dan qualify  calon calon sales team.

Seramai 30 orang telah hadir interview dan pemilihan dah dibuat.

Inilah hasilnya .

Kami bergambar lokasi di Pasar Payang yang baru siap dan akan dibuka .






Gpr Food Sdn Bhd 4


Bermula team sales KL syarikat minta luaskan dan buka team di Terengganu.

Iza dan manager telah ditugaskan untuk buka team di Terengganu.

Maka kami pun bertolak ke Terengganu beberapa hari untuk interview candidate dan mencari lokasi di sana.

Sampai di Terengganu kami stay di Hotel warisan di Kuala Terengganu.

Lokasi hotel betul betul terletak sebelah Majlis Bandaran Kuala Terengganu.

Hari pertama kami berkumpul dengan team Kelantan yang turun ke Terengganu .









Keesokan hari kami ke lokasi di sekitar Kuala Terengganu. Kami singgah di Pasar Payang KT yang menjadi tempat tumpuan ramai.

Kami buat sales face to face di sana. Dan berjumpa dengan orang tempatan Kuala Terengganu.

Banyak yang iza belajar dari proses ini. Orang membeli kerana emosi dan juga sebab kita. Bukan sebab produk.

Sebab itu macana bagus usp produk sekalipun jika people tak trust dan tak suka kita mereka takkan beli. Ia juga di sebabkan emosi pembeli.

Penting untuk kita belajar faham dan belajar tackle emosi customer . Kadang dia beli dan suka beli dengan kita di sebabkan kita puji anak anak dia. Tackle anak anak dulu barulah si ibu atau ayah buka poket duit . 😁😁

Ada beberapa tempat menarik kami explore sepanjang di KT. Contohnya tempat yang baru buka adalah drawbridge yang menjadi tumpuan ramai.

Ini pertama kali iza sampai ke masjid Kriatal Kuala Terengganu. SubhanAllah memang cantik sangat.













Wednesday, 30 October 2019

Gpr Food Sdn Bhd 3

Masuk bulan ketiga Aug 2019 bos naikkan pangkat kami ke L2 .

Hanya 2 orang sahaja yang bos pilih naik ke L2 iaitu iza dan seorang rakan daripada 15 orang team KL .

Kami selalu fight antara satu sama lain sales kami setiap hari.

Tugas L2 adalah

1. Rekrut seramai yang mungkin.
2. Latih agen baru untuk buat sales.
3. Buat personal sales .
4. Maintain personal sales dan buat recruitment setiap hari.
4. Buat closing dan report setiap hari.

Apa yang iza belajar dari ilmu recruitment adalah proses recruitment memerlukan trust people untuk join sesuatu team sales.

Sebagai sales person banyak perkara dan aktiviti yang kena buat dan set kpi setiap hari sebab walaupun banyak iklan yang kita buat memang akan ada mereka yang berminat untuk hadir interview atau training tetapi yang munculkan diri dari 10 orang mungkin 1.

Apepun ia bergantung kepada rezeki . sebab yang buka pintu hati manusia untuk join team sales kita adalah Allah. Bergantung kepada niat dan doa kita.

Gpr Food Sdn Bhd 2


Bulan kedua July 2019 my sales achieve RM13,000 .

Nak achieve jumlah ini dengan berjalan bawa stok bersama  sama team harung hujan dan panas sampai hitam kulit muka dan tangan. Penat tak usah ceritalah.

Berjalan dari satu kedai ke kedai. Berjumpa dari 1 orang ke berapa dan seramai yang mungkin.

Walaupun penat tapi rasa puas bila dapat achieve jumlah sales setiap hari yang kita nak. Rejection memang makanan hari hari. Selagi kita usaha dan approach orang pasti akan ada sales result.

Cuma bila buat sales banyak benda kena sabar. Hati kena kental dan sabar. Sebab akan berlaku banyak rejection demi rejection. Kadang kala ada yang mencebik dan hina sales jalanan macam kami.

Banyak tempat kami explore. Sebab setiap hari lokasi berbeza tempat.

Klang, Shah alam, subang, bangsar, petaling jaya, kuala lumpur, kajang, sri kembangan, balakong, bangi, sentul, ampang, putrajaya dan banyak lagi tempat yang kami pergi.

Company juga bantu beri event di mall mall. Sambutan ada yang kurang dan ada yang menggalakkan.



Gpr Food Sdn Bhd 1

Iza start join company ni start Jun 2019 di mana di tugaskan sebagai sales team.

Tugas kami adalah menjual cookies setiap hari mengikut target masing masing di tempat lokasi yang diberi dan berbeza setiap hari.

Lokasi meliputi klang valley .

Setiap hari kami bekerja start jam 8.30 pagi sehingga jam 5.30 petang.

Itu rutin setiap hari.

Kami akan berada di event event dan lokasi yang ditetapkan oleh manager setiap hari. Bezanya ialah kami ada stok cookies dan akan buat face to face approach seramai yang mungkin.

Masa inilah kekuatan mental dan fizikal diperlukan.

Belajar sabar, redha , tabah, tawakal setelah berusaha bersungguh sungguh. Bila ada aktiviti akan ada result.

Seronoknya adalah berjumpa dengan bermacam orang rupa  perangai kehendak pembeli.

Baru faham sebenarnya sales adalah proses membina trust. Product is nothing tetapi manusia membeli kerana emosi.


July 2019 - Sep 2019

Sales is process...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ...

Alhamdulillah syukur pada Allah dapat menulis semula di ruangan blogku.

Dalam 3 bulan ni banyak pengalaman manis pahit suka duka ketawa gembira . Pengalaman yang takkan dapat di jual beli kat mana mana.

Iza nak coretkan beberapa pengalaman sepanjang berada di Gpr Food Sdn Bhd.

Iza anggap ini adalah lapangan untuk berlatih menjual face to face , bina confident diri, buang rasa malu dan takut. Alhamdulillah i am blessed and syukur to Allah rabbalalamin...