Monday, 1 October 2018

Sehari BerGotmek di Grand Millenium Hotel Nota 1


Alhamdulillah event ni adalah event eksklusif antara partner, distributor dan founder sahaja.

Ada breakfast di sediakan dan pendaftaran pagi tu

Start event pagi tu dengan Ice breaking dan soalan dari Founder. Dia tanyakan kepada semua peserta.

Apa harapan anda semua dalam Gotmek?

Macam macam jawapan kami terima antara ingin menambah pendapatan dan ramai juga nak tahu apa kelebihan Gotmek, apa peluang peluang lain yang ada bersama Gotmek.

Selepas tu sesi pertama adalah Founder yang jelita menerangkan tentang Tranformasi Nutrisi ke arah Halalan Toyyiban. Kenapa topik ni penting? Sebab nak memahami isu Halalan Toyyiban bukanlah suatu perkara remeh temeh dan main main.

Di sinilah misi dan visi jangka masa panjang adalah untuk memperjuangkan nutrisi berasaskan halalan dan Toyyiban . Apa yang kita makan memberi kesan pada OTAK. Apa kita makan akan beri kesan pada TUBUH , SIKAP dan ATTITUDE

Jika kita makan sampah maka sampahlah yang keluar. Jika kita makan emas maka emas lah yang kelaur.

No comments:

Post a Comment