EKSTRAK BUAH DELIMA
Rahsia Delima
Ada yang suka makan buah delima macam tu sahaja. Ada yang suka perah buat jus. Ada macam macam cara untuk dapatkan pati delima.
Khasiat delima dalam bidang kesihatan telah diiktiraf sejak dulu lagi.
Ramai tak tahu khasiat delima boleh hilangkan obesiti lemak di dalam badan. Ia boleh mengurangkan pertumbuhan sel-sel adipos di perut .
Apa itu sel adipos?
Sel adipos adalah tisu adipos yang terdiri dari sel sel yang tersusun padat untuk menyimpan lemak. Tisu ini boleh dijumpai di dalam dermis kulit dan sekeliling organ utama.
Tisu ini berfungsi untuk beri tenaga dan bekalkan penebatan dan perlindungan .
Jika kita kaji lebih dalam lagi sistem tubuh badan kita Allah dah jadikan sangat hebat. Tubuh kita ni kan bermula dengan sel sel yang halus, tisu, otot, kulit dan jadilah fizikal kita yang sihat dan cantik.
Dan Allah jadikan berbagai tumbuhan dan buah buahan hebat untuk zat terbaik tubuh kita. Maha Suci Allah.
Khasiat delima juga bantu kurangkan asid lemak dalam darah dan merendahkan tekanan darah untuk halang strok , serangan jantung dan buah pinggang.
Hebatnya Allah jadikan buah delima ni.
No comments:
Post a Comment