Sunday, 17 March 2019

Cerita Iza



Lepas brisk walk di pasar tani .
Beli sayur dan ulaman segar .
Macam macam ada hasil tanaman kampung.
Nenas, buah salak, jagung, ubi, keledek.
Singgah makan di sebuah kedai makan berhampiran pasar tani.
Order roti canai. Roti canai sekeping rm1.
Ramai juga yang datang makan dan penuh.
Agak agak ada juga dalam 25-30 orang makan. Ada yang berdua ada yang datang family dan anak anak.
Kira kira berapa jualan tukang uli roti canai ni dalam sehari. Jika meniaga awal pagi sampai jam 12 tengahari .
Itu belum masuk yang order . sekali order bukan sikit 5-10 keping.
Banyak juga tu.

Cerita Iza



Harini berpagian brisk walk di pasar tani.
Berjumpa kawan kawan yang berniaga di pasar tani sambil sambil ambil order gotmek.
Mereka ni ada yang peniaga tempatan ada yang peniaga dari jauh. Dari perak pun ada.
Membawa hasil jualan masing masing.
Ada masa jualan habis licin ada masa jualan tak habis.
Semangat berniaga tak pernah luntur dari dalam jiwa.
Namun percaya pada rezeki Allah, jika kita berusaha pasti rezeki kita dicukupkan.
Man Jadda Wa Jada.

Cerita Iza



APAM BALIK
Tadi hubby beriya iya ajak pergi pasar malam sebab dah lama tak pergi.
Katanya teringin nak makan nasi lemak special tempat yang dia selalu beli.
Dia tanya iza nak makan apa.
Nanti nak tengok apa yang sedap. Rasa semua nak makan.
Lama sangat tak makan apam balik jadi teringin sangat bila nampak apam balik . Last last beli apam balik dengan kuih bulat tu yang ada inti kacang merah.
Nampak kacang rebus, kacang kuda, takoyaki, aiskerim, ice blended, keropok lekor, kek, pizza,
eh macam macam laaa. Nafsu makan ni. Esok masih ada. Beli banyak banyak sape nak tolong habiskan nanti.
Nikmatnya.

Gotmek Part 251




Lama tak up kan misi visi ni.
Masih terngiang ngiang lagi dalam training.
Biasanya kita akan overestimate pencapaian kita untuk setahun sebab macam macam nak buat tapi biasanya kita underestimate apa yang kita dah capai dalam masa 5 tahun. Faham ke?
Takpalah kalau tak faham. Kena baca balik dan hadam misi visi ni.
Membawa misi visi seorang diri memang penat, letih, fragile, dan kemungkinan lepas 3 bulan givap dan beralih arah pada perkara yang kita nampak lebih baik tetapi bila berjemaah akan lebih kuat.
Namun bila isu integriti di pertikaikan dan ada pihak pihak yang ambil tak kisah . Something is went wrong.
Ketika yang lain telah lari mengejar wang tapi masih ada manusia 1% tetap memperjuangkan misi dan visi di saat pelbagai cabaran yang datang.
Peganglah NIAT KERANA ALLAH bukan manusia. Kau akan terus terbang tinggi.



Cerita Gotmek



Tips hidup tenang dan bahagia...
1. Syukur , syukur, syukur
2. Beri value, value dan value
3. Beri maaf dan meminta maaf dari orang...
4. Solat taubat
5. Doakan orang lain
Jom order gotmek 💑💑💑


Cerita Iza



Buat lah sesuatu kerana Allah.
Bukan kerana manusia. Bukan mencari penghargaan manusia.
Iza ada terdengar tentang cerita si cantik Heliza Helmi dalam misi kemanusiaan di Palestin dan Syria . Menghadapi saat getir ancaman bom dan maut di sana.
Satu saat terpaksa bersembunyi di liang lahad untuk elakkan ancaman bom dan peluru sesat.
Betapa gentingnya kehidupan di sana. Berapa banyak kesyukuran hidup di Malaysia. Masih lagi melayan isu isu sampah yang takda noktah.
Ketika Ms Heliza menyaksikan anak anak kecil bermain bola, air mata menitik nitik bila mana ketika anak anak ni bermain bola bila nak passing bola mereka kena sambung bacaan hafazan.
Contohnya mereka hafaz surah Ar Rahman . Bila bola passing kepada rakan lain mereka kena sambung ayat hafazan. Mereka anak anak kecil sambil bermain sambil menghafaz Quran ! Tiada sedikit pun rasa takut atau gentar.
Yang mereka fikir hanyalah satu setiap hari . ALLAH dan mati syahid. Tiada lagi kepentingan dunia. Setiap hari mereka hanya dengar berita kematian, kena bom sana sini.
Apa yang keluar dari mulut mereka.
La Tahzan . Janganlah bersedih. Allah sentiasa bersama kita.
Jika kita compare kesusahan , kesedihan, sengsara kita dengan rakyat Palestin . Mana satu lagi nikmat kita dustakan.
Rasa nak sertai pulak misi kemanusiaan Syria dan Palestin. 😢

Gotmek Part 250




Customer mengadu dia happy lepas minum Gotmek sebab
1. Dah boleh tidur lena . Bangun pagi fresh. Selama bertahun tahun kena insomnia.
2. Bangun pagi asik kentut, mudah buang angin, perut dah takda rasa sebu atau kembung perut.
3. No more constipation. Iza fikir apa la constipation. Rupanya sembelit.
4. Dah boleh turun naik tangga. Rasa sakit sendi dah takda.
5. Dah ada tenaga untuk buat kerja kerja rumah
Syukur Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Haza Min Fadhli Rabbi.
Health is Wealth
Ini bukan over statement atau berbayar. Ini yang keluar dari mulut customer.

Sales Akademi


Alhamdulillah!

Sesi high tea bersama semua dah settle.

Masing masing datang dari pelbagai industri.

Datang dengan satu tujuan untuk perbaiki diri , perbaiki ekonomi, perbaiki hidup masing masing.Masingmasing ada impian untuk berjaya capai impian hidup.

jom kita terus bangkit jadi orang Islam yang kaya yang kuat dari segi ekonomi yang berakhlak yang bertaqwa!








Cerita Iza



Masa berkumpul dengan anak anak buah.

Tak ingat cerita pasal apa.

Tiba tiba terkeluar cerita pasal cita cita.

Apa cita cita korang bila besar nanti.

Ada 5 orang anak buah , 4 lelaki sorang je perempuan.

Yang 4 orang ni bagitau ada yang nak jadi pilot. Ada yang nak jadi engineer, wahh tinggi tinggi cita cita korang ya. Pandainya anak ibu, pandainya pandainya.

Tiba turn yang anak buah pompuan ni kata , semua tu tak best , saya nak jadi PASKAL ! Masalahnya dia baru umur 6 tahun.

Pecah perut kitorang gelak. Patutlah ganasss !

Hari hari abang abang dia kena buli.

Sales Akademi



Jika setiap hari kita ambil baby step berubah 1% , setahun dah 365%

Besar tu.

Contoh jika sebelum ni memang tak pandai buat sales. Sekarang dah pandai. Sekarang dah ada sales.

Upgrade lagi skill dan ilmu.

Kalau sales sebulan rm10 upgrade la rm100 jadi rm1000 jadi rm10,000 jadi rm100,000 jadi rm1 juta. 

Tulis macam senang kan.

Jualan adalah asas dalam perniagaan.

Ia lagi seronok bila kita catat hari hari sales figure tu rasa satu kepuasan. Dan akan sentiasa cari jalan macana nak achieve lagi banyak. Hanya dengan tindakan dan ilmu.

Itulah tujuan KL Master Sales Academy ditubuhkan. Untuk ajar orang pandai buat sales.


Sales Akademi - Sesi High Tea


Ini masa sesi high tea.

kahkahkah masing masing suruh membawang memang bagi kat kami.

memang macam macam versi dan gaya mak bawang akan keluar.

tapi apepun rindu kat dorang ni sebab bukannya kami berjumpa selalu .

Mereka ni  semua adalah team KL Master Sales Academy.

cerita dan kisah jatuh bangun mereka untuk berjaya . Kami berkongsi cerita. kami berkongsi ilmu dan masing masing berusaha bangkit untuk berjaya.

kita jumpa di ambang kejayaan sahabat!








Cerita Health


Nikmatnya bila peluh keluar pagi pagi terkena cahaya mentari pagi .

Sejuk, nyaman dan tenang.

Sebelum keluar minum gotmek coklat segelas dulu.

Tak lama pun buat brisk walk. Dalam 45 minit siap berzumba 

Lokasi ni kat Taman Jaya Petaling Jaya.

nak tergelak  pun ada sebab kat sini ada 3 jenis senaman.

zumba orang suka menari nari rancak.

taichi kebanyakannya orang tua tua yang rileks dan tenang. sebab pergerakannya semua slow dan bosan hahha.

tarian tradisional siap masing masing  bawa radio tarian zapin . nampaklah 3 kelompok kat sini.

tapi iza suka tarian zumba sebab rancak dan bertenaga bagi mood happy dan  tergelak gelak masa menari nak ikut rentak instructor ni. instructor pun gila gila.

Bila dah keluar peluh perut pun rasa lapar, dah la nak balik.






Saturday, 9 March 2019

Cerita Health


Tik tok tik tok tik tok
Jam sentiasa bergerak setiap saat minit jam dan waktu setiap hari tak pernah berhenti.
Kadang jarum jam ada di angka 1 beralih angka 4 beralih 6 beralih angka 10 beralih angka 12.
Macam tu juga perjalanan hidup kita setiap hari.
Ada masa kita di atas
Ada masa di tepi
Ada masa di bawah
Ada masa tak bergerak
Ada masa di puncak atas tertinggi dalam hidup.
Rahsia orang berjaya sentiasa di atas adalah SYUKUR dan SEDEKAH.
Yang biasanya kita lihat perkara ni remeh tapi impaknya besar.
Masa susah syukur dan sedekah .
Masa sengkek ramai kan susah nak syukur dan sedekah.
Masa senang pun syukur dan sedekah.
Pilihan kita nak jadi yang mana .
Semoga kita semua konsisten dan istiqamah.


Sales Akademi



Pagini kami masih lagi terima pendaftaran untuk majlis Hi Tea .
Pendaftaran masih lagi di buka.
Pagi pagi buka wasap ada lagi yang nak daftar.
Ini adalah sesi networking antara Kaklong Kak Long Sales Master , ahli Sales Academy dengan semua yang hadir.
Peluang yang ada ni kita grab untuk kenal each other. Mingle dengan orang yang level skill dan knowledge dia lebih baik lebih banyak dari kita.
Barulah kita boleh upgrade skill dan knowledge kita.
5 tahun lagi kita adalah siapa 5 orang yang kita berkawan sekarang.
Mark Zu kata target baru dia nak kenal 1 orang baru setiap hari. Kalau 30 hari dah 30 orang.
Jom register dengan iza atau Cikpuan Alya Azalia .
Terima kasih semua.



Cerita Health



Customer rasa sekali , kali kedua order berpaket paket ikan keli AfzaMarket.
Ikan keli tak letup dan takda rasa sampah. Sampah tu tak tahan . hahahaha .
Terima kasih atas doa akak.
Semoga Allah permudahkan urusan kami semua bawa misi makanan halalan toyyiba.
Membawa misi halalan toyyiba juga punya cabaran .
Iza ada beritahu seorang sahabat margin untung takda besar sangat tapi sebab misi dan niat kita kena letak akhirnya untuk Allah. Nanti duit akan datang menyembah.



Gotmek Part 249




Sambil sembang sembang dengan customer pasal unit trust, dia tanya eh mana gotmek, gotmek .
Memang bawa extra sachet dalam beg siap siap.
Memang panggil dia Got Mek ya. Mek tu bukan bunyi kambing ke.
Memang la Mek tu bunyi kambing. Hahahha.
GOT tu di ambil dari Goat . Mek pulak bunyi kambing. So terhasillah GotMek.
Ko dah bancuh tak order siap.
Hahahaha. Ok nak order la ni.
Jangan nak buat muka tak bersalah.

Sales Akademi



Dalam sales akademi kami di ajar untuk tulis dan baca hari hari skrip. Ia adalah DOA kita.
Bukan jualan je ada skrip.
Dalam kamus hidup kita pun kena ada skrip.
Macana nak create skrip kehidupan?
Macana nak create skrip kehidupan yang kita mahu.
Kat sini iza ringkaskan .
1. Visualise dengan gembira perkara tu dah jadi. Masukkan dalam subconcious mind kita.
2. Tulis. Tulis dan tulis. Kuasa menulis ni sangat power.
3. Baca hari hari pagi petang malam. Ini ibarat doa kita.
4. Tindakan kena luarbiasa. Takda tindakan hanya angan angan kosong.
5. Yakin. Yakin. Yakin pada Allah . Kun Fayakun. Yakin Allah pasti kabulkan.
Semoga bermanfaat .

Gotmek Part 248




Alhamdulillah misi kami sebagai Duta Halalan Toyyiba tetap sebarkan kempen makanan halalan toyyiba.
Memang siapa yang dah rasa akan jadi Gotmek Lover . itu tak dinafikan .
Yang bagusnya lepas sejam minum mesti akan cepat nak melawas . itu yang bagus. Cepat betul tindakan mekmek ni.
Tapi bila di luar tengah emergency kelam kabut cari tandas. Dah lah tandas kat luar ni bersih bersih belaka. Memang tak selesa.
Tu sebab sekarang minum sebelum tidur . lebih selamat jika lepas tu rasa nak membuang. Sebab dah ada di rumah.

Eastspring Investment


Harini singgah ke ofis Eastspring.
Kebetulan ada training full house pasal market outlook literacy. Ramai yang datang sebab ilmu dan satu lagi sebab nak cukupkan cpd.
Memang awal lagi tapi mereka yang sentiasa update dengan ilmu adalah favourite consultant.
Sebenarnya pun tak faham sangat pasal Market Outlook ni. Tapi company ada buat training memang dah cukup bagus.
Yang penting ada info baru untuk sampaikan pada client.

Cerita Syukur



Salam barakah semua sahabat..
Semoga segala urusan kita dimudahkan olehNya..
Usah putus asa, carilah Allah ada di mana mana.
Kiri kanan atas bawah depan belakang.
Semua masalah kejayaan datang dengan izinNya.
Serahkan urusan kita padaNya, usaha usaha usaha jalan terus dan bertawakkal .




Cerita Syukur



Salam sahabat hebat.
Syukur 100 perkara dalam hidup kita.
Syukur banyak kaitan dengan otak dan minda.
Ikut kajian otak orang yang banyak syukur dan kurang syukur banyak perbezaan.
Otak pula banyak kaitan dengan kesihatan.
Orang yang banyak syukur kesihatannya juga lebih baik.


Tuesday, 5 March 2019

Cerita Kenduri



Family Outing

Alhamdulillah dapat juga gather .. 

Ada yang nak makan kambing bakar tapi last pergi kat Umang umang kat Meru Batu 8.

So kami reserved tempat dalam 30 orang macamtu. Malam tu tak ramai cuma ada 2 family besar sahaja. Parking pun senang sebab tak ramai malam tu. 

Setiap selasa ada ladies day diskaun RM21 untuk ladies sahaja. Try la tempat ni. Makanan dia iza bagi 3 bintang je hehehe...

Lepas semua berumahtangga ni nak bagi semua cukup berkumpul memang challenge.
Ni pun sorang tak dapat join sebab tak sihat tak larat.

Sebab abah dah request untuk gather . Salah satunya sebab sambut menantu perempuan dan dah agak lama tak gather reramai .

Yang penting mak abah happy.

Syukur yang masih ada mak ayah kita dapat tengok cium dorang.
Hargai mereka. Sayangi mereka . Gembirakan mereka.






Cerita Iza



Bila berkumpul memang kami tunggu dua ketul si kecik ni balik.
Siap la kena gomol gomol. Selalu jugak kena buli 😄😄
Selalu cakap kat budak berdua ni .
Hai good girl. I Love u.
Mama semua sayang awak.
We love u . Muah muah muah.





Cerita Kenduri



Selamat Pengantin Baru !
Tahniah Aminurrasyid dan Hajeera . 😍😍
Pasangan sporting ! 😁
Doa kami sefamily agar korang jalani hidup berumahtangga rukun , damai, kena banyak sabar , redha dan tenang.
Bertambah lagi adik ipar ku. 😄😄
Sorang dah lepas, tinggal lagi 4 orang .






Cerita Kenduri



Proses cuci 130 ekor ayam.
Kata adik ipar lepas ni seminggu tak makan ayam kak. 😅😅
Kami orang kampung bila kenduri memang masak sendiri.
Masa ni lah kami adik beradik saudara mara bertemu berkumpul bersilaturrahim dan berukhuwwah.
Korang redha je lah ye . Ni turn korang pulak.
Macam biasa lah pengantin kena sental periuk .
Nanti korang akan rindu moment ni. 







Cerita Kenduri



Si kecik ni rajin betul menolong .
Semua nak tolong .
Alhamdulillah selesai majlis kenduri kecil kecilan je.
Biasalah kenduri di kampung semua di manage di bantu oleh adik beradik dan keluarga sendiri sahaja. Sebab memang itu permintaan mak dan abah.
Semua lega dan keletihan namun puas sebab semua berjalan lancar dah setel.
Masing masing dah buat tanggungjawab . Terima kasih adik beradik dan semua .




Cerita Kenduri



Ok done memborong !
Lama tak jejak kaki ke pasar borong .
Lain betul suasana pasar borong sekarang.
Semua dah di penuhi Mr B .
Cari peniaga kita jumpa seorang akak ni senyum manis rupanya sekampung.
Dapatlah hasil beberapa tangkapan .



Cerita Health



Hai mat petang.
Sesungguhnya hidup ni simple.
Kita pilih untuk hidup menyayangi atau membenci.
Kita pilih untuk bahagia atau derita.
Kita pilih untuk kaya atau miskin.
Pilihan di tangan sendiri.
Saya pilih untuk kaya, cantik, gembira , bahagia, happy .
Tak perlu approval orang lain.




Sales Akademi



Apa tujuan networking ?
Dulu iza ingat networking hanya tempat orang have have berjumpa, bertukar tukar kad , cerita bisnes masing masing yang gempak gempak,
Berapa asset ko dah ada. Berapa banyak kilang ko ada. Berapa banyak kereta ko ada . tempat untuk cari prospek , nak close deal masa networking ( zaman takda ilmu parah sangat huuuuwaa nangess ) 😂😂
Rupanya tak.
Bukan macam tu.
Jauh kan pemikiran itu. Itulah namanya zaman kebodohan totok.
Rupanya sesi networking adalah tempat di mana para usahawan atau bukan usahawan berkumpul untuk saling bertukar idea. Saling mendukung. Saling bantu membantu. Offer pertolongan masing masing . Apa yang aku boleh bantu kau. Untuk kita dapat value dan benefit each other.
Mungkin ada orang punya idea hebat tapi tiada modal.
Ada orang takda idea baru tapi ada fund yang banyak sedang mencari mereka yang ada idea hebat untuk bekerjasama.
Maka di sinilah berlakunya bisnes deal. Namanya leveraging .
Eh pandainya aku menulis. Eh jangan perasan.
Itu namanya syok sendiri. Entah entah salah idea ni buat malu je! Sifuku tolong betulkan 😆😆

Sales Akademi


Semasa bernetworking tinggalkanlah zon selesa kita.
Masa ni lah segala perkara yang kita janggal, kekok , tak selesa , tak suka buat kita kena tinggalkan .
Ya kena tinggalkan zon selesa kita. Sebab itu semua kan dah jadi tabiat kita. Semua bermula dengan tabiat atau attitude .
Bila kita nak mula kan tabiat baru akan rasa janggal , kekok , tak selesa.
Jika susah nak senyum masa ini kita train diri untuk senyum walaupun tak ikhlas.
Jika tak suka jumpa orang ucapan salam orang masa ini lah kita train diri untuk say hi dan salam.
Dah nama pun networking . Meet and greet.
Rasulullah ajar kita ramaikan kawan ramaikan networking kita.
Maniskan muka. Say hi. Salam dan greeting .
Masa ni lah kita train diri untuk belajar faham orang . Ragam orang .
Kita belajar each other. Kita pun bukan sempurna sangat terutama orang yang menulis ni. 😂😂
No wonder orang berjaya memang suka bernetworking dan fokus pada attitude yang baik.
Jom daftar sesi networking sabtu 9.3.2019 ya

Sales Akademi




Sesi Networking
Antara tabiat baru Mark Zu yang beliau nyatakan sendiri adalah nak jadikan satu kebiasaan untuk berkenalan dengan orang baru setiap hari.
Mungkin pada mulanya akan rasa janggal, kekok , tak selesa bila kenal orang baru.
Lama lama akan biasa dan rasa seronok.
Tak semestinya bernetworking kita perlu jual dan close the deal.
Jika nak berkembang dalam dunia bisnes bernetworking lah. Bersilaturrahim lah .
Sebenarnya dengan bernetworking adalah sebagai salah satu channel untuk kita berkembang, bertapak lebih lama dalam industri kita dan membuka peluang peluang atau idea idea baru
Bina minda ini dari sekarang.
Event hi tea ini akan buat di Empire Hotel Subang.
Silakan daftar beri nama anda pada iza segera ya atau Puan Alya Azalia