Buat lah sesuatu kerana Allah.
Bukan kerana manusia. Bukan mencari penghargaan manusia.
Iza ada terdengar tentang cerita si cantik Heliza Helmi dalam misi kemanusiaan di Palestin dan Syria . Menghadapi saat getir ancaman bom dan maut di sana.
Satu saat terpaksa bersembunyi di liang lahad untuk elakkan ancaman bom dan peluru sesat.
Betapa gentingnya kehidupan di sana. Berapa banyak kesyukuran hidup di Malaysia. Masih lagi melayan isu isu sampah yang takda noktah.
Ketika Ms Heliza menyaksikan anak anak kecil bermain bola, air mata menitik nitik bila mana ketika anak anak ni bermain bola bila nak passing bola mereka kena sambung bacaan hafazan.
Contohnya mereka hafaz surah Ar Rahman . Bila bola passing kepada rakan lain mereka kena sambung ayat hafazan. Mereka anak anak kecil sambil bermain sambil menghafaz Quran ! Tiada sedikit pun rasa takut atau gentar.
Yang mereka fikir hanyalah satu setiap hari . ALLAH dan mati syahid. Tiada lagi kepentingan dunia. Setiap hari mereka hanya dengar berita kematian, kena bom sana sini.
Apa yang keluar dari mulut mereka.
La Tahzan . Janganlah bersedih. Allah sentiasa bersama kita.
Jika kita compare kesusahan , kesedihan, sengsara kita dengan rakyat Palestin . Mana satu lagi nikmat kita dustakan.
Rasa nak sertai pulak misi kemanusiaan Syria dan Palestin. 😢
No comments:
Post a Comment