Alhamdulillah tq Allah masih di beri nafas dan peluang hidup sehingga harini 1.1.2020
Selamat tinggal 2019 penuh dengan memori suka duka pahit manis.
Setiap manusia diuji pelbagai dugaan dan cabaran.
Tq Allah semua perkara yang dah hilang dalam hidupku. Moga Engkau gantikan berkali ganda lebih baik.
Tq Allah semua perkara yang aku ada aku miliki saat ini. Tq atas semua kurniaanMu yang tak terhitung. Semoga semua nikmat yang ku ada aku miliki aku gunakan dan manfaat sepenuhnya ke jalan kebaikan dan memberi nilai kepada manusia lain.
Tq Allah semua perkara yang belum ku miliki. Aku yakin dan percaya sampai tiba masanya Engkau berikan pada masa yang tepat.
Tq Allah semua orang orang kesayangan dalam hidup aku. Mak abah suami family . Segala kasih sayang mereka.
Tq Allah semua customer yang baik baik dan hebat hebat .
Tq 2019.
Nak masuk 2020 dah
Nak berubah benda first kena berubah dulu adalah Mindset ya. Ya mindset yang nak kena ubah dulu.
Jika nak berjaya dan kaya apa mindset orang kaya dan berjaya
Jika nak berjaya dalam pelaburan apa mindset pelabur berjaya
Jika nak kaya berjaya dalam pelaburan, bulan ni melabur bulan depan nak duit juta juta, itu bukan melabur itu melebur! Mindset lebur!
Ubat sihat
Syukuri hidup. Jalani dengan tenang. Maafkan semua orang. Doakan kebahagiaan mereka. Betulkan sikap dan diri sendiri. Senyum dan bahagiakan diri. Solat. Baca Quran.
#syukur
#2020
#2020
No comments:
Post a Comment