Kita sharekan ilmu untuk manfaat bersama.
6 cara cari idea perniagaan power by Irfan Khairi.
#1. Scratch your own itch. Garu gatal sendiri. Maksudnya kita fikirkan apa masalah yang pernah kita hadapi atau lalui. Cuba create idea bisnes dari masalah yang kita hadapi.
#2. Letakkan diri kita dalam industri orang lain. Cuba selesaikan masalah yang dihadapi dalam industri itu.
#3. Fikirkan apa yang banyak di sekeliling kita tapi tak banyak di tempat lain. Contohnya konteks negara. Banyak produk berasaskan tempoyak di Malaysia tapi takda di luar negara nak cari tempoyak yang halal dan bersih.
#4. Fikirkan idea untuk gabungkan 2 industri. Contohnya industri kewangan dan industri pendidikan.
#5. Jauh perjalanan luas pemandangan. Lebih banyak input kita dapat lebih banyak output atau idea kita keluar. Maksudnya salah satu cara adalah travel banyak bantu idea bisnes. Jika tak dapat travel pun sekarang maklumat semua di hujung jari.
#6. Study marketing. Banyakkan membaca pasal marketing. Ada banyak channel marketing yang kita boleh pilih antaranya fb marketing, instagram marketing, youtube marketing, email marketing, SEO marketing. Boleh baca dan tonton video banyak buku tentang marketing. Lagi banyak kita kuasai skill ini lagi banyak idea keluar.
No comments:
Post a Comment