Mentor iza cakap nak berjaya kena banyak maafkan orang. Minta maaf dan beri maaf. Nanti langkah akan lebih laju. Wajah akan berseri seri. Hidup lebih tenang.
Siapa orang orang yang kita kena maafkan dalam hidup.
Ada 4 orang yang kita kena maafkan
1. Maafkan Ibu Ayah , Ibu Mertua , Ayah Mertua
Maafkan mereka unconditionally. Jika kita ada rasa marah atau sakit hati antara mereka. Lupakan dan maafkan. Jangan pernah complain tentang mereka. Maafkan saja.
2. Maafkan Pasangan Hidup Kita
Ini kalau tulis surat memang akan jadi panjang berjela jela.
Tulis dalam bentuk surat. Kuasa menulis sebenarnya sangat power berbanding kita biar dalam memori.
Tulis saya maafkan sayang apa sahaja yang awak buat pada saya.
Tuliskan satu persatu apa sahaja yang pasangan kita buat buat kita marah. Apa sahaja. Tulis dengan detail.
Tulis saya maafkan awak. Saya doakan segala kejayaan , kebahagiaan yang besar hidup awak dunia akhirat.
Masukkan dalam sampul surat. Kalau rasa nak bagi pasangan kita baca bagilah dia baca. Kalau taknak buang atau bakar je lah.
Tujuan kita adalah untuk free kan diri kan dari kesedihan, kekesalan, kesakitan yang asik membelenggu kita.
Set yourself free.
3. Maafkan sesiapa sahaja yang menyakiti dalam hidup kita.
Kita selalu dengar kan.
Semaklah aku dengan dia. Benci geram menyampah gilerrrr babi tol!
Menyampahlah dengan dia.
Stresslah aku dengan dia.
Maafkan je. Let them go. Let yourself free.
Tulis saya maafkan anda.
Tuliskan doa kita untuk mereka diberi sihat , kaya berjaya di mana pun mereka berada .
Dunia bukan tujuan utama kita. Dunia ni hanya pentas lakonan untuk Tuhan nak tengok amal baik dan jahat kita.
4. Maafkan Diri Sendiri
Ini moment yang sangat mahal. Bertenang dan cakap dengan diri sendiri. Aku maafkan diriku unconditionally . Aku maafkan segala kelalaian , kebodohan, kesilapan, masa yang telah aku buang, keangkuhan, keegoaan yang telah lepas.
Maafkan diri sendiri dulu.
Berhenti salahkan dan blame diri sendiri. Berhenti sabotaj diri.
Berhenti bawa kesilapan yang lepas.
Fokus masa sekarang.
Tulis saya maafkan diri sendiri atas setiap kesalahan yang saya buat. Saya adalah good person . I have wonderful future.
I Love Myself Unconditionally
I Forgive Myself Completely
Love me