Monday, 27 May 2019

15 Ramadhan




Banyak tulisan iza baca di fb masing masing mengulas pasal pemergian Pengasas Dnars. Al Fatihah untuk Allahyarhamah.
Pemergian dalam perjalanan untuk sumbangan zakat ke pusat tahfiz di thailand.
Perginya juga di bulan mulia.
Ada juga copy paste kata kata dari ustaz/ ustazah yang mengatakan Allah akan ambil nyawa kita waktu kita buat perkara yang kita suka buat.
Bab ini iza no komen .
Ada iza terdengar /tengok video waktu nyawa di tarik masa
Main bola sepak
Tengah bercakap liputan berita
On show
Main ski
Sedang menyanyi
Sedang menari
Sedang sujud
Sedang solat
Sedang solat terawih
Sedang makan
Sedang meeting
Banyak lagi
Pendapat iza, sebenarnya apa sahaja pun perkara yang kita buat konsisten, istiqamah dan bersungguh sungguh Allah akan suka.
Allah suka mereka yang buat sesuatu pekerjaan dengan konsisten, istiqamah dan bersungguh sungguh
Kita ambil peluang ramadhan kali ni untuk perbaiki diri, perbaiki amalan kita. Rebut peluang yang Allah beri untuk buat perkara yang Allah suka.
Cuma kita pilih apa amalan yang kita suka buat dan buat walaupun sikit atau kecil tapi istiqamah .
Jika suka sedekah sedekahlah
Jika suka baca Quran istiqamahlah
Jika suka tolong orang teruskan
Jika suka buat kebaikan teruskan
Tak rugi jadi orang baik.
Biasalah kita baik dan bagus macana pun akan tetap ada orang tak suka kita tanpa sebab.
Tapi selagi kita buat kebaikan dan sebarkan kebaikan pasti akan beri manfaat pada orang lain .
Memang akan banyak mulut mulut puaka yang tak boleh ditutup.
Ada juga yang takut nak tulis pasal kebaikan sebab takut orang cakap dia ni acah acah mulia. Macam dia confirm ahli syurga.
Itulah dunia.

No comments:

Post a Comment