Monday, 27 May 2019

19 Ramadhan




Niat nak fokus beribadah 10 malam terakhir ni memang dah pasang awal awal tapi selalu terlepas sebab datang haid.
Dan biasanya 10 malam yang last ni lah kita perempuan banyak terbabas sebab aktiviti persiapan raya.
Bagi yang datang haid, nifas atau dalam musafir, apa yang kita boleh buat untuk dapat ganjaran yang sama Lailatulqadar antaranya adalah
1. Perbanyakkan doa
2. Perbanyakkan zikir seperti bertasbih, bertahmid dan bertakbir . contohnya dibaca 1000x untuk ganti solat dan baca Quran.
3. Perbanyak istigfar
4. Banyakkan sedekah
5. Sediakan juadah berbuka puasa untuk mereka yang berpuasa
6. Beri hadiah
7. Banyak memaafkan
8. Bertafakur muhasabah diri . memikir kejadian alam, kehebatan alam ciptaanNya.
9. Menjalin silaturrahim
10. Menjawab azan jika dengar azan.

No comments:

Post a Comment