Pagi tadi cod gotmek ke seorang customer.
Borak borak rupanya akak ni seorang muallaf.
Ramah dan big heart.
Beliau cerita cabaran menjadi seorang muallaf . Pada mula ibunya tak terima selama 10 tahun . Namun dia bersabar demi kasih sayangnya pada ibu dan selalu mendoakan agar hati ibu Allah berikannya hidayah.
Walaupun menjadi tukang jahit tapi malam beliau mengajar Bahasa Inggeris sebagai salah satu bakti dan kepuasan diri.
Selain mengajar akak ni rajin juga belajar mengaji. Tapi berita sedih sebab ustaz yang ajar mengaji tu kena kanser tulang. Dan telah buat pembedahan.
MashaAllah banyak lagi manusia yang diuji lebih teruk tanda Allah sayang.
Apa yang iza mampu sampaikan info sekiranya perlukan bantuan MAKNA mereka akan bantu.
No comments:
Post a Comment