MENULIS UNTUK MEMBERI VALUE DAN ILMU TENTANG EMAS. WHATSAPP : +6017- 3409145 EMAIL : shahlizasukiman2@gmail.com INTRODUCER : SHAHLIZA SUKIMAN INTRODUCER CODE : PG00212651 FACEBOOK : Iza Sukiman
Thursday, 7 November 2019
7 things Poor People Do That Rich People Dont
Ini iza ada baca di somewhere tak ingat tapi iza boleh ringkaskan macam kat bawah.
7 perkara yang orang mindset miskin buat tapi tak di buat oleh orang mindset kaya .
1. Orang miskin tonton tv , orang kaya membaca buku.
2. Orang miskin dibayar ikut masa dia bekerja, orang kaya di bayar ikut result
3. Orang miskin suka salahkan orang lain, orang kaya ambil 100% responsibility
4. Orang miskin fokus menyimpan, orang kaya fokus pelaburan.
5. Orang miskin berlagak tau semua perkara, orang kaya sentiasa belajar dan bertanya soalan.
6. Orang miskin menganggap duit tu membawa kejahatan, orang kaya menganggap kemiskinan itu membawa kejahatan
7. Orang miskin mempunyai mindset lottery, orang kaya berfikiran action based.
Semoga kita sentiasa istiqamah menjaga mindset orang kaya .
Saturday, 2 November 2019
Gpr Food Sdn Bhd 10
Iza ada terbaca di sebuah artikel 7 skill yang menjadikan kita kaya .
1. Skill Closing
2. Skill Public Speaking
3. Skill Cooperation
4. Skill Leadership
5. Skill Time Management / Self Management
6. Skill Financial Literacy
7. Mindset Skill
Gpr Food Sdn Bhd 8
Seronoknya dunia jualan.
Iza syukur Allah temukan dalam bidang jualan.
Sebenarnya tak pernah terfikir jadi salesperson.
Yang iza tau dulu mindset belajar tinggi sampai dapat degree dapat kerja bagus gàji bagus.
Minat busines tapi tak tau macana nak handle macana nak mulakan bisnes.
Sekarang baru iza faham dalam business skill yang paling penting adalah skill menjual.
Menjual produk syarikat means bawa duit masuk ke dalam syarikat.
Bila duit masuk duit inilah yang akan bayar pgaji, sewa dan perbelanjaan syarikat yang lain.
Pengalaman bersama team sales Gpr ajar iza banyak perkara. Tq team 😄
Friday, 1 November 2019
Gpr Food Sdn Bhd 7
Iza banyak belajar tentang human skill semasa jumpa orang face to face.
Hq banyak support aktiviti dengan memberikan tapak booth.
Ada banyak tempat antaranya
1. Pkns Shah Alam
2. Atria Mall Pj
3. Bangi Evo Mall
4. 1Mont Kiara
5. Bangunan Dayabumi KL
6. Kl Eco City
Thursday, 31 October 2019
Gpr Food Sdn Bhd 6
Selesai urusan di Terengganu maka pulanglah kami meneruskan misi di KL .
Seminggu selepas itu , seramai 4 orang yang kami pilih di minta turun ke KL untuk training.
First day training lokasi di Seksyen 14 Petaling Jaya.
Macam biasa tugas newcomer perlu approach customer face to face .
Kat sini skill seorang leader teruji bila macam macam isu dan kerenah dalam team timbul.
Bagaimana seorang leader yang bagus menangani isu isu dalam team.
Isu dan konflik yang timbul jika tidak di atasi dengan bijak akan efek kepada ahli group yang lain.
Seminggu selepas itu , seramai 4 orang yang kami pilih di minta turun ke KL untuk training.
First day training lokasi di Seksyen 14 Petaling Jaya.
Macam biasa tugas newcomer perlu approach customer face to face .
Kat sini skill seorang leader teruji bila macam macam isu dan kerenah dalam team timbul.
Bagaimana seorang leader yang bagus menangani isu isu dalam team.
Isu dan konflik yang timbul jika tidak di atasi dengan bijak akan efek kepada ahli group yang lain.
Gpr Food Sdn Bhd 5
Tujuan utama ke Terengganu adalah untuk interview dan qualify calon calon sales team.
Seramai 30 orang telah hadir interview dan pemilihan dah dibuat.
Inilah hasilnya .
Kami bergambar lokasi di Pasar Payang yang baru siap dan akan dibuka .
Gpr Food Sdn Bhd 4
Bermula team sales KL syarikat minta luaskan dan buka team di Terengganu.
Iza dan manager telah ditugaskan untuk buka team di Terengganu.
Maka kami pun bertolak ke Terengganu beberapa hari untuk interview candidate dan mencari lokasi di sana.
Sampai di Terengganu kami stay di Hotel warisan di Kuala Terengganu.
Lokasi hotel betul betul terletak sebelah Majlis Bandaran Kuala Terengganu.
Hari pertama kami berkumpul dengan team Kelantan yang turun ke Terengganu .
Keesokan hari kami ke lokasi di sekitar Kuala Terengganu. Kami singgah di Pasar Payang KT yang menjadi tempat tumpuan ramai.
Kami buat sales face to face di sana. Dan berjumpa dengan orang tempatan Kuala Terengganu.
Banyak yang iza belajar dari proses ini. Orang membeli kerana emosi dan juga sebab kita. Bukan sebab produk.
Sebab itu macana bagus usp produk sekalipun jika people tak trust dan tak suka kita mereka takkan beli. Ia juga di sebabkan emosi pembeli.
Penting untuk kita belajar faham dan belajar tackle emosi customer . Kadang dia beli dan suka beli dengan kita di sebabkan kita puji anak anak dia. Tackle anak anak dulu barulah si ibu atau ayah buka poket duit . 😁😁
Ada beberapa tempat menarik kami explore sepanjang di KT. Contohnya tempat yang baru buka adalah drawbridge yang menjadi tumpuan ramai.
Ini pertama kali iza sampai ke masjid Kriatal Kuala Terengganu. SubhanAllah memang cantik sangat.
Wednesday, 30 October 2019
Gpr Food Sdn Bhd 3
Masuk bulan ketiga Aug 2019 bos naikkan pangkat kami ke L2 .
Hanya 2 orang sahaja yang bos pilih naik ke L2 iaitu iza dan seorang rakan daripada 15 orang team KL .
Kami selalu fight antara satu sama lain sales kami setiap hari.
Tugas L2 adalah
1. Rekrut seramai yang mungkin.
2. Latih agen baru untuk buat sales.
3. Buat personal sales .
4. Maintain personal sales dan buat recruitment setiap hari.
4. Buat closing dan report setiap hari.
Apa yang iza belajar dari ilmu recruitment adalah proses recruitment memerlukan trust people untuk join sesuatu team sales.
Sebagai sales person banyak perkara dan aktiviti yang kena buat dan set kpi setiap hari sebab walaupun banyak iklan yang kita buat memang akan ada mereka yang berminat untuk hadir interview atau training tetapi yang munculkan diri dari 10 orang mungkin 1.
Apepun ia bergantung kepada rezeki . sebab yang buka pintu hati manusia untuk join team sales kita adalah Allah. Bergantung kepada niat dan doa kita.
Hanya 2 orang sahaja yang bos pilih naik ke L2 iaitu iza dan seorang rakan daripada 15 orang team KL .
Kami selalu fight antara satu sama lain sales kami setiap hari.
Tugas L2 adalah
1. Rekrut seramai yang mungkin.
2. Latih agen baru untuk buat sales.
3. Buat personal sales .
4. Maintain personal sales dan buat recruitment setiap hari.
4. Buat closing dan report setiap hari.
Apa yang iza belajar dari ilmu recruitment adalah proses recruitment memerlukan trust people untuk join sesuatu team sales.
Sebagai sales person banyak perkara dan aktiviti yang kena buat dan set kpi setiap hari sebab walaupun banyak iklan yang kita buat memang akan ada mereka yang berminat untuk hadir interview atau training tetapi yang munculkan diri dari 10 orang mungkin 1.
Apepun ia bergantung kepada rezeki . sebab yang buka pintu hati manusia untuk join team sales kita adalah Allah. Bergantung kepada niat dan doa kita.
Gpr Food Sdn Bhd 2
Bulan kedua July 2019 my sales achieve RM13,000 .
Nak achieve jumlah ini dengan berjalan bawa stok bersama sama team harung hujan dan panas sampai hitam kulit muka dan tangan. Penat tak usah ceritalah.
Berjalan dari satu kedai ke kedai. Berjumpa dari 1 orang ke berapa dan seramai yang mungkin.
Walaupun penat tapi rasa puas bila dapat achieve jumlah sales setiap hari yang kita nak. Rejection memang makanan hari hari. Selagi kita usaha dan approach orang pasti akan ada sales result.
Cuma bila buat sales banyak benda kena sabar. Hati kena kental dan sabar. Sebab akan berlaku banyak rejection demi rejection. Kadang kala ada yang mencebik dan hina sales jalanan macam kami.
Banyak tempat kami explore. Sebab setiap hari lokasi berbeza tempat.
Klang, Shah alam, subang, bangsar, petaling jaya, kuala lumpur, kajang, sri kembangan, balakong, bangi, sentul, ampang, putrajaya dan banyak lagi tempat yang kami pergi.
Company juga bantu beri event di mall mall. Sambutan ada yang kurang dan ada yang menggalakkan.
Gpr Food Sdn Bhd 1
Iza start join company ni start Jun 2019 di mana di tugaskan sebagai sales team.
Tugas kami adalah menjual cookies setiap hari mengikut target masing masing di tempat lokasi yang diberi dan berbeza setiap hari.
Lokasi meliputi klang valley .
Setiap hari kami bekerja start jam 8.30 pagi sehingga jam 5.30 petang.
Itu rutin setiap hari.
Kami akan berada di event event dan lokasi yang ditetapkan oleh manager setiap hari. Bezanya ialah kami ada stok cookies dan akan buat face to face approach seramai yang mungkin.
Masa inilah kekuatan mental dan fizikal diperlukan.
Belajar sabar, redha , tabah, tawakal setelah berusaha bersungguh sungguh. Bila ada aktiviti akan ada result.
Seronoknya adalah berjumpa dengan bermacam orang rupa perangai kehendak pembeli.
Baru faham sebenarnya sales adalah proses membina trust. Product is nothing tetapi manusia membeli kerana emosi.
Tugas kami adalah menjual cookies setiap hari mengikut target masing masing di tempat lokasi yang diberi dan berbeza setiap hari.
Lokasi meliputi klang valley .
Setiap hari kami bekerja start jam 8.30 pagi sehingga jam 5.30 petang.
Itu rutin setiap hari.
Kami akan berada di event event dan lokasi yang ditetapkan oleh manager setiap hari. Bezanya ialah kami ada stok cookies dan akan buat face to face approach seramai yang mungkin.
Masa inilah kekuatan mental dan fizikal diperlukan.
Belajar sabar, redha , tabah, tawakal setelah berusaha bersungguh sungguh. Bila ada aktiviti akan ada result.
Seronoknya adalah berjumpa dengan bermacam orang rupa perangai kehendak pembeli.
Baru faham sebenarnya sales adalah proses membina trust. Product is nothing tetapi manusia membeli kerana emosi.
July 2019 - Sep 2019
Sales is process...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ...
Alhamdulillah syukur pada Allah dapat menulis semula di ruangan blogku.
Dalam 3 bulan ni banyak pengalaman manis pahit suka duka ketawa gembira . Pengalaman yang takkan dapat di jual beli kat mana mana.
Iza nak coretkan beberapa pengalaman sepanjang berada di Gpr Food Sdn Bhd.
Iza anggap ini adalah lapangan untuk berlatih menjual face to face , bina confident diri, buang rasa malu dan takut. Alhamdulillah i am blessed and syukur to Allah rabbalalamin...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ...
Alhamdulillah syukur pada Allah dapat menulis semula di ruangan blogku.
Dalam 3 bulan ni banyak pengalaman manis pahit suka duka ketawa gembira . Pengalaman yang takkan dapat di jual beli kat mana mana.
Iza nak coretkan beberapa pengalaman sepanjang berada di Gpr Food Sdn Bhd.
Iza anggap ini adalah lapangan untuk berlatih menjual face to face , bina confident diri, buang rasa malu dan takut. Alhamdulillah i am blessed and syukur to Allah rabbalalamin...
Sunday, 16 June 2019
My Gratitude 2018 - Jun2019
Thank you Allah for everything
Thank you Allah semua nikmatMu tak terhitung..
Thank you Allah nikmat Ramadhan
Thank you Allah nikmat berpuasa
Thank you Allah nikmat Syawal
Thank you Allah nikmat kasih sayang dan cinta. Dapat berkumpul dengan mak , abah, family, anak anak buah, adik beradik yang lain yang dirindui dan di sayangi selalu.
Hubungan ini walau dicincang takkan putus.
Thank you Allah makanan yang sedap sedap dapat kami nikmati semasa Ramadhan dan Syawal di saat ramai sahabat sahabat muslim kami yang di landa kemiskinan , peperangan, kebuluran.
Thank you Allah nikmat solat 5 waktu masa eksklusif denganMu dapat bertemuMu bercakap cakap memuji kebesaranMu mengadu domba segala kesakitan, kesedihan , kepiluan, tangisan , keperitan di saat tiada seorang manusia pun dapat membantu memahami dan meringankan beban ini. Engkaulah pendengar setia dan tak pernah kecewa bila bergantung harap padaMu. Hanya padaMU tempat aku sembah, meminta, mengadu, memohon pertolonganMu Ya Rabb.
Thank you Allah semua nikmat ini.
Thank you Allah atas semua kasih sayang dan cinta untuk pasangan hidupku my beloved hubby yang sentiasa sabar denganku, sabar dengan segala ujian dan cabaran yang datang, memahamiku apa sahaja yang aku usahakan, tanpa redha dan restumu sayang takdalah pencapaian dalam hidupku. Tq hubbyku sayang. Love u till jannah.
Thank you Allah Engkau beri aku idea dan ilham untuk hasilkan video yang tak seberapa ini tanda aku syukur atas segala yang Engkau rencanakan dalam hidupku.
Moment Aidilfitri 2019
Harini godek godek phone.
Banyaknya gambar raya . Senyum sendiri tengok gambar gambar adik beradik dan anak buah.
apa kata try buat video simple dan pendek.
bermulalah projek . cari kat play store jumpa apps inshot . The best video and Photo Editor.
Apalagi installah. Try godek godek masukkan gambar dan music. kasi trim sikit. kasi edit sikit .
Maka terhasillah video simple ni. Alhamdulillah.. Durasi dalam 2minit 17 saat . Dapat masukkan lagu Satu Hari Raya nyanyian M Nasir. Rasa syahdu hukhhuk...
Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir Dan Batin!
Selamat Hari Bapa 16.6.2019
Selamat Hari Bapa Abahku Sayang..
Harini baru start buka kedai .
Sahaja aku berniaga kerana Allah Taala .
Alhamdulillah kedai online dan offline mula beroperasi kembali. Kita enjoy kerja pulak.
Niat untuk bantu family dan beri value kepada ramai orang.
Jutawan chef li pesan setiap orang wajib ada 1 bisnes. Tak kiralah bisnes apa. Asalkan halal dan usahakan dengan sabar.
Happy Sunday !
Harini cari nenas kat pasar pagi.
Nenas ke Nanas ?
Ikut kamus Dewan tulisan baku adalah nanas.
Tapi biasa tulis nenas je 😋
Beli nenas madu. Potong dua . Separuh nak makan separuh nak buat jus. Konon konon nak blend buat jus tapi sebab terlebih rajin terus potong buat air nenas biasa.
Dulu tak suka sangat nenas. Tapi lepas baca tulisan Dr Rizal pasal khasiat nenas baik untuk otak . Superfood.
Setiap kali cari nenas. Iza cari nenas madu. Manis . cicah dengan kicap ermmm laju habis. 😋
Banyak khasiat nenas ni. Dalam nenas ada enzim bromelain baik untuk otak, bantu cairkan kahak , rawat batuk dan hingus. Bantu sistem pencernaan, keradangan dan tumbesaran tumor .
Biasa time raya ni kan makan macam macam. Tak tahan dah perut . selitkan dengan nenas.
Mungkin boleh selit dalam diet makanan kita seminggu sekali atau sebulan sekali.
Mungkin boleh selit dalam diet makanan kita seminggu sekali atau sebulan sekali.
Friday, 14 June 2019
4 Syawal
4 Syawal kami ambil peluang untuk berziarah ke sanak saudara Rantau Panjang - Batu 4 - Teluk Gong - Sijangkang - Pj Old Town
Setiap tahun memang akan ziarah ke rumah nenek saudara kami ni . Dan setiap kali buat kenduri kahwin kami akan sewa canopy dengan anak mereka supply untuk kanopi , meja , kerusi untuk kenduri kahwin. Begitulah ceritanya. Setiap saudara mara kami ada cerita mereka .
Rumah makcik dan pakcik yang wajib kami lawati setiap tahun hehehe. Dan setiap kenduri kahwin juga kami akan sewa pinggan mangkuk, periuk, kuali dan segala alat kelengkapan memasak dan kenduri . Mudahkan kerja kami ! Kami 12 beradik ni dah terima 8 menantu ada 4 orang lagi berbaki dan InshaAllah 4 kali juga nanti sewa peralatan kenduri !
Datang ziarah ke rumah besan mak. Ini rumah adik ipar di Batu 4 Klang. Kami simpati dengan makcik sebab baru kematian pakcik pada Ramadhan terakhir. Semoga Allah limpahi rahmat ke atas keluarga ini. Dan Allah tempatkan roh pakcik di kalangan orang orang beriman.
Berziarah rumah nenek saudara di Telok Gong Klang . Adik beradik arwah nenek kami. Alhamdulillah masih sihat dan kuat lagi nenek yah.
Berziarah di rumah besan mak di Kampung Sijangkang Klang. Kami suka dengan design rumah ni masih kekalkan suasana kampung . Design rumah ni masih kekalkan suasana rumah kampung. Sebelah rumah ni di buat tanaman cili merah dan hijau besar besaran. Masa kami sampai dah Maghrib jadi tak sempat kami nak tengok kebun cili.
Selepas tu kami berkonvoi ke Pj Old Town Petaling Jaya nak lawat Zara dan Arisha hihi. Sampai je rumah balqish dalam jam 9 malam kami di jamu nasi dan lemang. Dah macam piranha masing masing kelaparan. kahkahkahhh . Sporting pulak mak Balqish ni. Last sekali kami nak balik minta ambil foto ramai ramai. Semoga Allah merahmati keluarga ini. Amin... Selepas tu masing masing bergerak pulang ... Harini punya cerita...
3 Syawal
Macam biasa setiap tahun memang rutin kami akan konvoi beraya dulu dirumah sanak saudara belah abah di kampung rantau panjang klang.
Kemudian baru gerak konvoi ke Jeram, Tanjung Karang, Kuala Selangor dan pergi open house tak dilupakan .
Tahun ni banyak rumah yang kami skip tak dapat pergi sebab kesuntukan masa.
sampai ada satu rumah saudara ni jam 12 malam kami sampai hahahhaha . Giler sporting pakcik aku ni. sampai je rumah dia haaa masuk masuk. Semoga Allah limpahkan rahmat buat pakcik dan makcikku ini. Pakcik memang sporting siap jamu nasi dan sup bening. Lega sangat perut dapat makan sup. asik ketupat dan kuah kacang jerk. Mendidih perut hahahha.
Masing masing cakap takpalah kita raya setahun sekali jumpa sanak saudara. Memang masa inilah kami ambil masa untuk berziarah. We enjoy our moment today. Alhamdulillah !
Gambar atas ni beraya di rumah nenek Mie di Bukit Kuching Jeram Selangor. Inilah adik beradik arwah atok Jalal yang masih ada. Kami di jamu dengan laksa, nasi impit , kuah kacang dan kuih muih. Last part mesti bergambar !
Selepas tu cepat cepat kami konvoi ke Tanjung Karang. Kami sampai je 645 petang hujan terus turun dengan lebat selebatnya. Sempat solat asar dan maghrib terus kami di jamu dengan bihun goreng.
Then kami ziarah di rumah makcik ( adik beradik sebelah abah ) . Kami di jamu dengan mee goreng. Nasi impit , kuah kacang dan kuih muih. Kerja kami asik makan makan makan dan makan hahahhaha.. Dah lama tak berjumpa asik usik mengusik berderai gelak ketawa.
Alang alang kami dah ke Kuala Selangor singgah di rumah pakcik kami Burhanuddin . Masa ni hujan dah berhenti tapi perjalanan nak ke rumah seterusnya agak mencabar sebab jalan kampung , gelap dan jalan kurang elok.
Alhamdulillah kami dapat sampai juga ke rumah nenek saudara kami di Jeram Selangor . Jam masa tu dah nak dekat 10.00 malam. Muka pun masing masing dah keletihan hahahha. Yang driver la kesian. Selepas bersalaman kami menuju rumah terakhir jam 12 malam. Fuhhh. beraya sakan.
2 Syawal
Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi ...
Inilah keluarga besar kami. Syukur pada Allah pada hari raya kedua kami dapat berkumpul bersalam salaman bermaaf maafan bersama . walaupun ada 2 family lagi tak dapat bersama .
Abah - Haji Sukiman bin Mohd Dasuki
Mak - Hajah Asnah Haji Jalal
Kami ada 12 orang adik beradik. 3 lelaki dan 9 perempuan
8 menantu dan 11 cucu !
Bakal menantu pun dah di bawa apalagi mak cakap alahai menantu lagi Alhamdulillahh.. penat haritu pun tak hilang lagi hikhikhikkk. kesian mak . bertabahlah ya. family kita kan besar bertambah menantu setiap tahun. Semoga Allah turunkan kasih sayang, rahmat dan keampunanNya...
Hubungan adik beradik dicincang takkan putus. Kejap baik kejap gaduh itu normal . takda family dalam dunia ni yang perfect. takda yang sempurna.
Apepun iza cakap terima kasih pada sorang sorang.
Abah liza ucap terima kasih sebab jadi abah yang terbaik , besarkan liza dari liza kecil sampai besar. Buat tanggungjawab dan abah berusaha keras untuk besarkan kami 12 orang adik beradik. Menitik nitik air mata ni laju keluar. Rasa sebak dan pilu.
Mak liza ucap terima kasih sebab jaga liza dan besarkan dari liza baby sampai umur liza dah 40 tahun ni mak masih sabar bagi nasihat . Halalkan susu mak. Tak tahu nak cakap apa lagi airmata je yang keluar. Peluk mak kuat kuat.
Masa salam abang dan adik adik yang lain pun iza ucap terima kasih sebab terima kasih jadi abang dan adik adik yang terbaik untuk akakmu ini. Begitu juga dengan anak buah.
Ada sorang adik lelaki iza dia ni pendiam sikit bila salam dan iza cakap terima kasih dan mintak maaf atas segala salah silap kakak terus dia menangis dan peluk . Tak pernah iza tengok dia menangis macamtu.
I Love Uolss my siblings. Yang lepas kita lupakan. Buang yang keruh ambil yang jernih.
Selepas tu kami buat sesi bergambar di luar di depan bas bas yang tersusun. Ini adalah Legasi Perniagaan Rantau yang telah abah usahakan lebih kurang 25 tahun.
Ya Allah Engkau turunkanlah rahmat kasih sayang dan keampunanMu. Berkatilah Legasi Perniagaan Rantau. Permudahkanlah urusan kami memberi value kepada orang ramai perkhidmatan bas sekolah dan travel. Taqabbalahu minna wa minkum.
1 Syawal bersamaan 5 Jun 2019
1 Syawal
Alhamdulillah syukur pada 1 Syawal hari kemenangan dan kegembiraan umat Islam sedunia.
Salam Aidilfitri buat family, sahabat dan semua umat Islam sedunia.
Selesai solat sunat Aidilfitri.
Nikmatnya solat Aidilfitri . Setahun hanya datang 2 kali. Pertama pada 1 Syawal. Kedua masa Hari Raya Haji. Rare moment. Syukur.
Tq Allah tahun ni Allah gerakkan hati untuk solat sunat hari raya . Tak taulah kenapa dalam fikiran ni asik selalu terfikir andai panjang umur tahun depan dapat jumpa lagi Ramadhan. Entah tak tau esok lusa Allah tarik nyawa. Rasa hiba dan sayu sangat . Ramadhan tahun ini 2019 ramai orang meninggal dunia masa Ramadhan akibat sakit, kemalangan atau tertidur selepas tarawih. Rasa cemburu bila Allah pilih mereka meninggal di bulan mulia Ramadhan . Semoga Allah tempatkan mereka di kalangan orang orang beriman .
Masa zaman muda awal 30an jarang sekali datang masjid di pagi raya buat Solat sunat Hari Raya sebab selalu tidur lewat siapkan juadah dan persiapan raya, bangun pun lewat. Aku selalu doa di bulan Ramadhan ini Allah ampunkan dosa dosaku dan ahli keluargaku, Allah kurniakan ampunan dan rahmat agar aku berubah menjadi orang yang lebih baik dan lebih memberi manfaat kepada orang lain.
Aku doa supaya Allah makbulkan aku jadi ahli sedekah dan ahli tahajjud sebab aku tau aku manusia biasa yang selalu berbuat dosa. Tak tau amalan mana yang Allah terima. Dengan sedekahlah aku boleh buat tambah bekalan hidup di alam akhirat. Takut bila sebut bab mati dan alam akhirat yang kekal abadi. Tak tertanggung akal untuk memikirkannya...... Aku hanya insan biasa. Hidayah milik Allah.
30 Ramadhan
Teman mak beli barang.
Lepas ni kita bersilat kat dapur pulak.
Ketupat rendang kuah kacang memang wajib ok.
Mood raya.
di pasar borong inilah tempat mak selalu beli barang makanan basah dan makanan kering. Tauke kedai ni ownernya Melayu Islam. dah bertahun tahun dia berniaga bekalkan barang barang keperluan . dan kedai ini satu satunya peruncit melayu yang masih bertahan sampai sekarang.
Dulu masa mak abah ada kedai runcit , mak abah selalu datang ke tempat ini untuk ambil barang keperluan dari pembekal. Tapi sekarang kedai runcit dah di sewakan kepada orang lain. Dah takda sape nak uruskan. Semua sibuk dengan kerja dan family masing masing..
28 Ramadhan
Harini rasa tenang, damai, nyaman.
Petang tadi hujan lebat . Nasib baik dah habis beli barang. Syukur dapat beli beberapa barang. Shopping untuk orang lain. Berkongsi sedikit rezeki untuk orang orang kesayangan.
Lepas buka sempat lagi hantar gotmek untuk customer. Last sebelum raya.
Banyaknya nikmat sepanjang hari. Tak terhitung .
Cabaran nak habiskan 2 malam terakhir. Pecutan terakhir. Semoga berjaya.
1 June 2019
Salam 27 Ramadhan
Tq May 2019 ! June please be good to me.
Set new target for june untuk Sales, income, personal development, amalan dan beberapa perkara target bulan ni.
Harini plan nak setelkan few things tapi kena delay esok. Tiba tiba customer nak order gotmek dan nak jumpa untuk signup investment Eastspring. Katanya nak jumpa sebelum iza cuti raya. Rezeki sebelum raya.
Alaaa cuti raya pun tak lama pun. Inilah masa me time dengan family. Mak abah adik beradik sekali kumpul dan gather. Masing masing bila kumpul itupun pasti ada yang tak cukup bila memasing dah berumah dan tangga ni.
Hari isnin memasing dah bizi beli barang untuk masak persiapan Aidilfitri. Try untuk tak tinggal solat terawih kecuali cuti uzur. Ini azam tahun ni. Kalau tak sempat sangat pun buat di rumah je.
Korang dah balik raya ke. Mesti best time gini buat persiapan raya . Iza doakan yang dalam perjalanan balik ke kampung selamat sampai . Yang masih bekerja tu jangan sedih ada kesempatan boleh balik sekejap jumpa family kat kampung.
27 Ramadhan
Hujan lebat di petaling jaya.
Baru tadi selesai solat maghrib di masjid ada jenazah baru meninggal dan disolatkan berjemaah . Innalillahi wainna ilaihirajiun . Semoga rohnya bersama orang orang beriman.
Untunglah meninggal di bulan Ramadhan di hari jumaat.
Semoga semua taubat dan amalan kita diterima olehNya .
26 Ramadhan
Salam 26 Ramadhan
Salam Jumaat ...
Yang dalam perjalanan balik kampung hati hati drving.
Pesanan ini dari seseorang .
Jangan hina orang lain.
Sebab dunia ini berputar ibarat roda.
Mungkin orang yang kita hina kehidupannya jadi lebih baik dari kita akan datang.
25 Ramadhan
Malam ni hujan lebat selebatnya ketika sedang terawih rakaat yang kelima.
Guruh berdentum dentum.
Nikmatnya suasana malam ni.
Lepas habis witir ada tazkirah pasal kisah sahabat nabi. Cerita tentang amalan seseorang akan melalui 7 langit. Setiap langit ada pintu yang malaikat jaga.
Mata dah nak katup. Esok kita sambung cerita..
24 Ramadhan
Alhamdulillah kenyang berbuka nasi ayam dan karipap harini.
Selamat berterawih semua . Semoga kita semua dikurniakan lailatulqadar.
23 Ramadhan
Harini bizi buat closing sales May 2019.
Tq Allah.. target 10 deal dapat 5 deal.
Haza Min Fadhli Rabbi.
Kena perbaiki banyak lagi.
InshaAllah keep improving.
Dah mood raya. Fokus dulu tinggal 6 hari baki Ramadhan .
Monday, 27 May 2019
Doa Untuk Sahabat
Seorang sahabat mengadu pada iza yang dia kecewa dan sedih dengan situasi yang berlaku dalam hidupnya.
Kecewa dengan rakan ofis yang fake dan bad apple. Dia tak suka dengan situasi ini. Suka mengampu dan bos pilih kasih.
Banyak dia luahkan rasa tak puas hati.
Iza hanya diam dengar dan angguk. Sesekali mencelah.
Dia minta nasihat iza. Iza bukanlah pakar pun.
Jika iza di tempat dia first sekali apa iza akan buat adalah solat taubat banyak banyak. Minta petunjukNya. Semua yang berlaku atas izinNya walau sekecil zarah pun. Hanya dengan izin Allah .
Bila hati dah tenang. Baru buat keputusan.
Syukur dulu dengan apa yang Allah datangkan pada kita samada suka duka sakit susah senang.
Buat apa yang kita suka . kita enjoy. Kita love. Tingkatkan value diri. Duit akan datang kemudian. Just my 2cent opinion.
Doa Untuk Sahabat
Nur cahaya 😆😆
Semoga semua sahabat dikurniakan kesihatan yang baik, ketenangan , kejayaan dan rezeki melimpah ruah di dunia dan akhirat.
Subscribe to:
Comments (Atom)

















































