Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi ...
Inilah keluarga besar kami. Syukur pada Allah pada hari raya kedua kami dapat berkumpul bersalam salaman bermaaf maafan bersama . walaupun ada 2 family lagi tak dapat bersama .
Abah - Haji Sukiman bin Mohd Dasuki
Mak - Hajah Asnah Haji Jalal
Kami ada 12 orang adik beradik. 3 lelaki dan 9 perempuan
8 menantu dan 11 cucu !
Bakal menantu pun dah di bawa apalagi mak cakap alahai menantu lagi Alhamdulillahh.. penat haritu pun tak hilang lagi hikhikhikkk. kesian mak . bertabahlah ya. family kita kan besar bertambah menantu setiap tahun. Semoga Allah turunkan kasih sayang, rahmat dan keampunanNya...
Hubungan adik beradik dicincang takkan putus. Kejap baik kejap gaduh itu normal . takda family dalam dunia ni yang perfect. takda yang sempurna.
Apepun iza cakap terima kasih pada sorang sorang.
Abah liza ucap terima kasih sebab jadi abah yang terbaik , besarkan liza dari liza kecil sampai besar. Buat tanggungjawab dan abah berusaha keras untuk besarkan kami 12 orang adik beradik. Menitik nitik air mata ni laju keluar. Rasa sebak dan pilu.
Mak liza ucap terima kasih sebab jaga liza dan besarkan dari liza baby sampai umur liza dah 40 tahun ni mak masih sabar bagi nasihat . Halalkan susu mak. Tak tahu nak cakap apa lagi airmata je yang keluar. Peluk mak kuat kuat.
Masa salam abang dan adik adik yang lain pun iza ucap terima kasih sebab terima kasih jadi abang dan adik adik yang terbaik untuk akakmu ini. Begitu juga dengan anak buah.
Ada sorang adik lelaki iza dia ni pendiam sikit bila salam dan iza cakap terima kasih dan mintak maaf atas segala salah silap kakak terus dia menangis dan peluk . Tak pernah iza tengok dia menangis macamtu.
I Love Uolss my siblings. Yang lepas kita lupakan. Buang yang keruh ambil yang jernih.
Selepas tu kami buat sesi bergambar di luar di depan bas bas yang tersusun. Ini adalah Legasi Perniagaan Rantau yang telah abah usahakan lebih kurang 25 tahun.
Ya Allah Engkau turunkanlah rahmat kasih sayang dan keampunanMu. Berkatilah Legasi Perniagaan Rantau. Permudahkanlah urusan kami memberi value kepada orang ramai perkhidmatan bas sekolah dan travel. Taqabbalahu minna wa minkum.




No comments:
Post a Comment