1 Syawal
Alhamdulillah syukur pada 1 Syawal hari kemenangan dan kegembiraan umat Islam sedunia.
Salam Aidilfitri buat family, sahabat dan semua umat Islam sedunia.
Selesai solat sunat Aidilfitri.
Nikmatnya solat Aidilfitri . Setahun hanya datang 2 kali. Pertama pada 1 Syawal. Kedua masa Hari Raya Haji. Rare moment. Syukur.
Tq Allah tahun ni Allah gerakkan hati untuk solat sunat hari raya . Tak taulah kenapa dalam fikiran ni asik selalu terfikir andai panjang umur tahun depan dapat jumpa lagi Ramadhan. Entah tak tau esok lusa Allah tarik nyawa. Rasa hiba dan sayu sangat . Ramadhan tahun ini 2019 ramai orang meninggal dunia masa Ramadhan akibat sakit, kemalangan atau tertidur selepas tarawih. Rasa cemburu bila Allah pilih mereka meninggal di bulan mulia Ramadhan . Semoga Allah tempatkan mereka di kalangan orang orang beriman .
Masa zaman muda awal 30an jarang sekali datang masjid di pagi raya buat Solat sunat Hari Raya sebab selalu tidur lewat siapkan juadah dan persiapan raya, bangun pun lewat. Aku selalu doa di bulan Ramadhan ini Allah ampunkan dosa dosaku dan ahli keluargaku, Allah kurniakan ampunan dan rahmat agar aku berubah menjadi orang yang lebih baik dan lebih memberi manfaat kepada orang lain.
Aku doa supaya Allah makbulkan aku jadi ahli sedekah dan ahli tahajjud sebab aku tau aku manusia biasa yang selalu berbuat dosa. Tak tau amalan mana yang Allah terima. Dengan sedekahlah aku boleh buat tambah bekalan hidup di alam akhirat. Takut bila sebut bab mati dan alam akhirat yang kekal abadi. Tak tertanggung akal untuk memikirkannya...... Aku hanya insan biasa. Hidayah milik Allah.




No comments:
Post a Comment