4 Syawal kami ambil peluang untuk berziarah ke sanak saudara Rantau Panjang - Batu 4 - Teluk Gong - Sijangkang - Pj Old Town
Setiap tahun memang akan ziarah ke rumah nenek saudara kami ni . Dan setiap kali buat kenduri kahwin kami akan sewa canopy dengan anak mereka supply untuk kanopi , meja , kerusi untuk kenduri kahwin. Begitulah ceritanya. Setiap saudara mara kami ada cerita mereka .
Rumah makcik dan pakcik yang wajib kami lawati setiap tahun hehehe. Dan setiap kenduri kahwin juga kami akan sewa pinggan mangkuk, periuk, kuali dan segala alat kelengkapan memasak dan kenduri . Mudahkan kerja kami ! Kami 12 beradik ni dah terima 8 menantu ada 4 orang lagi berbaki dan InshaAllah 4 kali juga nanti sewa peralatan kenduri !
Datang ziarah ke rumah besan mak. Ini rumah adik ipar di Batu 4 Klang. Kami simpati dengan makcik sebab baru kematian pakcik pada Ramadhan terakhir. Semoga Allah limpahi rahmat ke atas keluarga ini. Dan Allah tempatkan roh pakcik di kalangan orang orang beriman.
Berziarah rumah nenek saudara di Telok Gong Klang . Adik beradik arwah nenek kami. Alhamdulillah masih sihat dan kuat lagi nenek yah.
Berziarah di rumah besan mak di Kampung Sijangkang Klang. Kami suka dengan design rumah ni masih kekalkan suasana kampung . Design rumah ni masih kekalkan suasana rumah kampung. Sebelah rumah ni di buat tanaman cili merah dan hijau besar besaran. Masa kami sampai dah Maghrib jadi tak sempat kami nak tengok kebun cili.
Selepas tu kami berkonvoi ke Pj Old Town Petaling Jaya nak lawat Zara dan Arisha hihi. Sampai je rumah balqish dalam jam 9 malam kami di jamu nasi dan lemang. Dah macam piranha masing masing kelaparan. kahkahkahhh . Sporting pulak mak Balqish ni. Last sekali kami nak balik minta ambil foto ramai ramai. Semoga Allah merahmati keluarga ini. Amin... Selepas tu masing masing bergerak pulang ... Harini punya cerita...







No comments:
Post a Comment