Sunday, 16 June 2019

Selamat Hari Bapa 16.6.2019



Selamat Hari Bapa Abahku Sayang.. 

Harini baru start buka kedai .
Sahaja aku berniaga kerana Allah Taala .
Alhamdulillah kedai online dan offline mula beroperasi kembali. Kita enjoy kerja pulak.
Niat untuk bantu family dan beri value kepada ramai orang.
Jutawan chef li pesan setiap orang wajib ada 1 bisnes. Tak kiralah bisnes apa. Asalkan halal dan usahakan dengan sabar.
Happy Sunday !
Harini cari nenas kat pasar pagi. 
Nenas ke Nanas ?
Ikut kamus Dewan tulisan baku adalah nanas.
Tapi biasa tulis nenas je ðŸ˜‹
Beli nenas madu. Potong dua . Separuh nak makan separuh nak buat jus. Konon konon nak blend buat jus tapi sebab terlebih rajin terus potong buat air nenas biasa.
Dulu tak suka sangat nenas. Tapi lepas baca tulisan Dr Rizal pasal khasiat nenas baik untuk otak . Superfood.
Setiap kali cari nenas. Iza cari nenas madu. Manis . cicah dengan kicap ermmm laju habis. ðŸ˜‹
Banyak khasiat nenas ni. Dalam nenas ada enzim bromelain baik untuk otak, bantu cairkan kahak , rawat batuk dan hingus. Bantu sistem pencernaan, keradangan dan tumbesaran tumor .
Biasa time raya ni kan makan macam macam. Tak tahan dah perut . selitkan dengan nenas.
Mungkin boleh selit dalam diet makanan kita seminggu sekali atau sebulan sekali.





No comments:

Post a Comment