Friday, 14 June 2019

3 Syawal



Macam biasa setiap tahun memang rutin kami akan konvoi beraya dulu dirumah sanak saudara belah abah di kampung rantau panjang klang.

Kemudian baru gerak konvoi ke Jeram, Tanjung Karang, Kuala Selangor dan pergi open house tak dilupakan .

Tahun ni banyak rumah yang kami skip tak dapat pergi sebab kesuntukan masa.

sampai ada satu rumah saudara ni jam 12 malam kami sampai hahahhaha . Giler sporting pakcik aku ni. sampai je rumah dia haaa masuk masuk. Semoga Allah limpahkan rahmat buat pakcik dan makcikku ini.  Pakcik memang sporting siap jamu nasi dan sup bening. Lega sangat perut dapat makan sup. asik ketupat dan kuah kacang jerk. Mendidih perut hahahha.

Masing masing cakap takpalah kita raya setahun sekali jumpa sanak saudara. Memang masa inilah kami ambil masa untuk berziarah. We enjoy our moment today. Alhamdulillah !





Gambar atas ni beraya di rumah nenek Mie di Bukit Kuching Jeram Selangor. Inilah adik beradik arwah atok Jalal yang masih ada. Kami di jamu dengan laksa, nasi impit , kuah kacang dan kuih muih. Last part mesti bergambar !




Gambar atas ni tengah makan ramai ramai kami di jemput open house di kedai pakcik di Mee Udang Kuah Banjir di Kuala Selangor. Banyak menu yang dihidangkan tapi tak sempat ambil gambar sebab kempunan nak makan.





Selepas tu cepat cepat kami konvoi ke Tanjung Karang. Kami sampai je 645 petang hujan terus turun dengan lebat selebatnya. Sempat solat asar dan maghrib terus kami di jamu dengan bihun goreng. 


Then kami ziarah di rumah makcik ( adik beradik sebelah abah ) . Kami di jamu dengan mee goreng. Nasi impit , kuah kacang dan kuih muih. Kerja kami asik makan makan makan dan makan hahahhaha.. Dah lama tak berjumpa asik usik mengusik berderai gelak ketawa. 


Alang alang kami dah ke Kuala Selangor singgah di rumah pakcik kami Burhanuddin . Masa ni hujan dah berhenti tapi perjalanan nak ke rumah seterusnya agak mencabar sebab jalan kampung , gelap dan jalan kurang elok.


Alhamdulillah kami dapat sampai juga ke rumah nenek saudara kami di Jeram Selangor . Jam masa tu dah nak dekat 10.00 malam. Muka pun masing masing dah keletihan hahahha. Yang driver la kesian. Selepas bersalaman kami menuju rumah terakhir jam 12 malam. Fuhhh. beraya sakan.




No comments:

Post a Comment