Sunday, 16 June 2019

My Gratitude 2018 - Jun2019



Thank you Allah for everything

Thank you Allah semua nikmatMu tak terhitung..

Thank you Allah nikmat Ramadhan

Thank you Allah nikmat berpuasa

Thank you Allah nikmat Syawal

Thank you Allah nikmat kasih sayang dan cinta. Dapat berkumpul dengan mak , abah, family, anak anak buah, adik beradik yang lain yang dirindui dan di sayangi selalu.

Hubungan ini walau dicincang takkan putus.

Thank you Allah makanan yang sedap sedap dapat kami nikmati semasa Ramadhan dan Syawal di saat ramai sahabat sahabat muslim kami yang di landa kemiskinan , peperangan, kebuluran.

Thank you Allah nikmat solat 5 waktu  masa eksklusif denganMu dapat bertemuMu bercakap cakap memuji kebesaranMu mengadu domba segala kesakitan, kesedihan , kepiluan, tangisan , keperitan di saat tiada seorang manusia pun dapat membantu memahami dan meringankan beban ini. Engkaulah pendengar setia dan tak pernah kecewa bila bergantung harap padaMu. Hanya padaMU tempat aku sembah, meminta, mengadu, memohon pertolonganMu Ya Rabb.

Thank you Allah semua nikmat ini.

Thank you Allah atas semua kasih sayang dan cinta untuk pasangan hidupku my beloved hubby yang sentiasa sabar denganku, sabar dengan segala ujian dan cabaran yang datang, memahamiku apa sahaja yang aku usahakan, tanpa redha dan restumu sayang takdalah pencapaian dalam hidupku. Tq hubbyku sayang. Love u till jannah. 


Thank you Allah Engkau beri aku idea dan ilham untuk hasilkan video yang tak seberapa ini tanda aku syukur atas segala yang Engkau rencanakan dalam hidupku.






Moment Aidilfitri 2019



Harini godek godek phone.

Banyaknya gambar raya . Senyum sendiri tengok gambar gambar adik beradik dan anak buah.

apa kata try buat video simple dan pendek.

bermulalah projek . cari kat play store jumpa apps inshot . The best video and Photo Editor.

Apalagi installah. Try godek godek masukkan gambar dan music. kasi trim sikit. kasi edit sikit .

Maka terhasillah video simple ni. Alhamdulillah.. Durasi dalam 2minit 17 saat . Dapat masukkan lagu Satu Hari Raya nyanyian M Nasir. Rasa syahdu hukhhuk...






Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir Dan Batin!

Selamat Hari Bapa 16.6.2019



Selamat Hari Bapa Abahku Sayang.. 

Harini baru start buka kedai .
Sahaja aku berniaga kerana Allah Taala .
Alhamdulillah kedai online dan offline mula beroperasi kembali. Kita enjoy kerja pulak.
Niat untuk bantu family dan beri value kepada ramai orang.
Jutawan chef li pesan setiap orang wajib ada 1 bisnes. Tak kiralah bisnes apa. Asalkan halal dan usahakan dengan sabar.
Happy Sunday !
Harini cari nenas kat pasar pagi. 
Nenas ke Nanas ?
Ikut kamus Dewan tulisan baku adalah nanas.
Tapi biasa tulis nenas je ðŸ˜‹
Beli nenas madu. Potong dua . Separuh nak makan separuh nak buat jus. Konon konon nak blend buat jus tapi sebab terlebih rajin terus potong buat air nenas biasa.
Dulu tak suka sangat nenas. Tapi lepas baca tulisan Dr Rizal pasal khasiat nenas baik untuk otak . Superfood.
Setiap kali cari nenas. Iza cari nenas madu. Manis . cicah dengan kicap ermmm laju habis. ðŸ˜‹
Banyak khasiat nenas ni. Dalam nenas ada enzim bromelain baik untuk otak, bantu cairkan kahak , rawat batuk dan hingus. Bantu sistem pencernaan, keradangan dan tumbesaran tumor .
Biasa time raya ni kan makan macam macam. Tak tahan dah perut . selitkan dengan nenas.
Mungkin boleh selit dalam diet makanan kita seminggu sekali atau sebulan sekali.





Friday, 14 June 2019

5 Syawal



Kami konvoi lagi ke Meru - Port Dickson jelajah raya !









4 Syawal


4 Syawal kami ambil peluang untuk berziarah ke sanak saudara Rantau Panjang - Batu 4 - Teluk Gong - Sijangkang - Pj Old Town









Setiap tahun memang akan ziarah ke rumah nenek saudara kami ni . Dan setiap kali buat kenduri kahwin kami akan sewa canopy dengan anak mereka supply untuk kanopi , meja , kerusi untuk kenduri kahwin. Begitulah ceritanya. Setiap saudara mara kami ada cerita mereka . 



Rumah makcik dan pakcik yang wajib kami lawati setiap tahun hehehe. Dan setiap kenduri kahwin juga kami akan sewa pinggan mangkuk, periuk, kuali  dan segala alat kelengkapan memasak dan kenduri . Mudahkan kerja kami ! Kami 12 beradik ni dah terima 8 menantu ada 4 orang lagi berbaki dan InshaAllah 4 kali juga nanti sewa peralatan kenduri ! 


Datang ziarah ke rumah besan mak. Ini rumah adik ipar di Batu 4 Klang. Kami simpati dengan makcik sebab baru kematian pakcik pada Ramadhan terakhir. Semoga Allah limpahi rahmat ke atas keluarga ini. Dan Allah tempatkan roh pakcik di kalangan orang orang beriman.


Berziarah rumah nenek saudara di Telok Gong Klang . Adik beradik arwah nenek kami. Alhamdulillah masih sihat dan kuat lagi nenek yah.



Berziarah di rumah besan mak di Kampung Sijangkang Klang. Kami suka dengan design rumah ni masih kekalkan suasana kampung . Design rumah ni masih kekalkan suasana rumah kampung. Sebelah rumah ni di buat tanaman cili merah dan hijau  besar besaran. Masa kami sampai dah Maghrib jadi tak sempat kami nak tengok kebun cili.



Selepas tu kami berkonvoi ke Pj Old Town Petaling Jaya nak lawat Zara dan Arisha hihi. Sampai je rumah balqish dalam jam 9 malam kami di jamu nasi dan lemang. Dah macam piranha masing masing kelaparan. kahkahkahhh . Sporting pulak mak Balqish ni. Last sekali kami nak balik minta ambil foto ramai ramai. Semoga Allah merahmati keluarga ini. Amin... Selepas tu masing masing bergerak pulang ... Harini punya cerita... 



3 Syawal



Macam biasa setiap tahun memang rutin kami akan konvoi beraya dulu dirumah sanak saudara belah abah di kampung rantau panjang klang.

Kemudian baru gerak konvoi ke Jeram, Tanjung Karang, Kuala Selangor dan pergi open house tak dilupakan .

Tahun ni banyak rumah yang kami skip tak dapat pergi sebab kesuntukan masa.

sampai ada satu rumah saudara ni jam 12 malam kami sampai hahahhaha . Giler sporting pakcik aku ni. sampai je rumah dia haaa masuk masuk. Semoga Allah limpahkan rahmat buat pakcik dan makcikku ini.  Pakcik memang sporting siap jamu nasi dan sup bening. Lega sangat perut dapat makan sup. asik ketupat dan kuah kacang jerk. Mendidih perut hahahha.

Masing masing cakap takpalah kita raya setahun sekali jumpa sanak saudara. Memang masa inilah kami ambil masa untuk berziarah. We enjoy our moment today. Alhamdulillah !





Gambar atas ni beraya di rumah nenek Mie di Bukit Kuching Jeram Selangor. Inilah adik beradik arwah atok Jalal yang masih ada. Kami di jamu dengan laksa, nasi impit , kuah kacang dan kuih muih. Last part mesti bergambar !




Gambar atas ni tengah makan ramai ramai kami di jemput open house di kedai pakcik di Mee Udang Kuah Banjir di Kuala Selangor. Banyak menu yang dihidangkan tapi tak sempat ambil gambar sebab kempunan nak makan.





Selepas tu cepat cepat kami konvoi ke Tanjung Karang. Kami sampai je 645 petang hujan terus turun dengan lebat selebatnya. Sempat solat asar dan maghrib terus kami di jamu dengan bihun goreng. 


Then kami ziarah di rumah makcik ( adik beradik sebelah abah ) . Kami di jamu dengan mee goreng. Nasi impit , kuah kacang dan kuih muih. Kerja kami asik makan makan makan dan makan hahahhaha.. Dah lama tak berjumpa asik usik mengusik berderai gelak ketawa. 


Alang alang kami dah ke Kuala Selangor singgah di rumah pakcik kami Burhanuddin . Masa ni hujan dah berhenti tapi perjalanan nak ke rumah seterusnya agak mencabar sebab jalan kampung , gelap dan jalan kurang elok.


Alhamdulillah kami dapat sampai juga ke rumah nenek saudara kami di Jeram Selangor . Jam masa tu dah nak dekat 10.00 malam. Muka pun masing masing dah keletihan hahahha. Yang driver la kesian. Selepas bersalaman kami menuju rumah terakhir jam 12 malam. Fuhhh. beraya sakan.




2 Syawal




Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi ...

Inilah keluarga besar kami. Syukur pada Allah pada hari raya kedua kami dapat berkumpul bersalam salaman bermaaf maafan bersama . walaupun ada 2 family lagi tak dapat bersama .


Abah - Haji Sukiman bin Mohd Dasuki

Mak - Hajah Asnah Haji Jalal

Kami ada 12 orang adik beradik. 3 lelaki dan 9 perempuan

8 menantu dan 11 cucu !

Bakal menantu pun dah di bawa apalagi mak cakap alahai menantu lagi Alhamdulillahh.. penat haritu pun tak hilang lagi hikhikhikkk. kesian mak . bertabahlah ya. family kita kan besar bertambah menantu setiap tahun. Semoga Allah turunkan kasih sayang, rahmat dan keampunanNya...

Hubungan adik beradik dicincang takkan putus. Kejap baik kejap gaduh itu normal . takda family dalam dunia ni yang perfect. takda yang sempurna.

Apepun iza cakap terima kasih pada sorang sorang.

Abah liza ucap terima kasih sebab jadi abah yang terbaik , besarkan liza dari liza kecil sampai besar. Buat tanggungjawab dan abah berusaha keras untuk besarkan kami 12 orang adik beradik. Menitik nitik air mata ni laju keluar. Rasa sebak dan pilu.

Mak liza ucap terima kasih sebab jaga liza dan besarkan dari liza baby sampai umur liza dah 40 tahun ni mak masih sabar bagi nasihat . Halalkan susu mak. Tak tahu nak cakap apa lagi airmata je yang keluar. Peluk mak kuat kuat.

Masa salam abang dan adik adik yang lain pun iza ucap terima kasih sebab terima kasih jadi abang dan adik adik yang terbaik untuk akakmu ini. Begitu juga dengan anak buah.

Ada sorang adik lelaki iza dia ni pendiam sikit bila salam dan iza cakap terima kasih dan mintak maaf atas segala salah silap kakak terus dia menangis dan peluk . Tak pernah iza tengok dia menangis macamtu.

I Love Uolss my siblings. Yang lepas kita lupakan. Buang yang keruh ambil yang jernih.

Selepas tu kami buat sesi bergambar di luar di depan bas bas yang tersusun. Ini adalah Legasi Perniagaan Rantau yang telah abah usahakan lebih kurang 25 tahun.

Ya Allah Engkau turunkanlah rahmat kasih sayang dan keampunanMu. Berkatilah Legasi Perniagaan Rantau. Permudahkanlah urusan kami memberi value kepada orang ramai perkhidmatan bas sekolah dan travel. Taqabbalahu minna wa minkum.








1 Syawal bersamaan 5 Jun 2019


1 Syawal
Alhamdulillah syukur pada 1 Syawal hari kemenangan dan kegembiraan umat Islam sedunia.
Salam Aidilfitri buat family, sahabat dan semua umat Islam sedunia.
Selesai solat sunat Aidilfitri.
Nikmatnya solat Aidilfitri . Setahun hanya datang 2 kali. Pertama pada 1 Syawal. Kedua masa Hari Raya Haji. Rare moment. Syukur.

Tq Allah tahun ni Allah gerakkan hati untuk solat sunat hari raya . Tak taulah kenapa dalam fikiran ni asik selalu terfikir andai panjang umur tahun depan dapat jumpa lagi Ramadhan. Entah tak tau esok lusa Allah tarik nyawa. Rasa hiba dan sayu sangat . Ramadhan tahun ini 2019 ramai orang meninggal dunia masa Ramadhan akibat sakit, kemalangan atau tertidur selepas tarawih. Rasa cemburu bila Allah pilih mereka meninggal di bulan mulia Ramadhan . Semoga Allah tempatkan mereka di kalangan orang orang beriman . 

Masa zaman muda awal 30an jarang sekali datang masjid di pagi raya buat Solat sunat Hari Raya sebab selalu tidur lewat siapkan juadah dan persiapan raya, bangun pun lewat. Aku selalu doa di bulan Ramadhan ini Allah ampunkan dosa dosaku dan ahli keluargaku, Allah kurniakan ampunan dan rahmat agar aku berubah menjadi orang yang lebih baik dan lebih memberi manfaat kepada orang lain. 

Aku doa supaya Allah makbulkan aku jadi ahli sedekah dan ahli tahajjud sebab aku tau aku manusia biasa yang selalu berbuat dosa. Tak tau amalan mana yang Allah terima. Dengan sedekahlah aku boleh buat tambah bekalan hidup di alam akhirat. Takut bila sebut bab mati dan alam akhirat yang kekal abadi. Tak tertanggung akal untuk memikirkannya...... Aku hanya insan biasa. Hidayah milik Allah. 





30 Ramadhan



Teman mak beli barang.
Lepas ni kita bersilat kat dapur pulak.
Ketupat rendang kuah kacang memang wajib ok.
Mood raya. 

di pasar borong inilah tempat mak selalu beli barang makanan basah dan makanan kering. Tauke kedai ni ownernya Melayu Islam. dah bertahun tahun dia berniaga bekalkan barang barang keperluan . dan kedai ini satu satunya peruncit melayu yang masih bertahan sampai sekarang.

Dulu masa mak abah ada kedai runcit , mak abah selalu datang ke tempat ini untuk ambil barang keperluan dari pembekal. Tapi sekarang kedai runcit dah di sewakan kepada orang lain. Dah takda sape nak uruskan. Semua sibuk dengan kerja dan family masing masing.. 



28 Ramadhan




Harini rasa tenang, damai, nyaman.
Petang tadi hujan lebat . Nasib baik dah habis beli barang. Syukur dapat beli beberapa barang. Shopping untuk orang lain. Berkongsi sedikit rezeki untuk orang orang kesayangan.
Lepas buka sempat lagi hantar gotmek untuk customer. Last sebelum raya.
Banyaknya nikmat sepanjang hari. Tak terhitung .
Cabaran nak habiskan 2 malam terakhir. Pecutan terakhir. Semoga berjaya.

1 June 2019



Salam 27 Ramadhan
Tq May 2019 ! June please be good to me.
Set new target for june untuk Sales, income, personal development, amalan dan beberapa perkara target bulan ni.
Harini plan nak setelkan few things tapi kena delay esok. Tiba tiba customer nak order gotmek dan nak jumpa untuk signup investment Eastspring. Katanya nak jumpa sebelum iza cuti raya. Rezeki sebelum raya.
Alaaa cuti raya pun tak lama pun. Inilah masa me time dengan family. Mak abah adik beradik sekali kumpul dan gather. Masing masing bila kumpul itupun pasti ada yang tak cukup bila memasing dah berumah dan tangga ni.
Hari isnin memasing dah bizi beli barang untuk masak persiapan Aidilfitri. Try untuk tak tinggal solat terawih kecuali cuti uzur. Ini azam tahun ni. Kalau tak sempat sangat pun buat di rumah je.
Korang dah balik raya ke. Mesti best time gini buat persiapan raya . Iza doakan yang dalam perjalanan balik ke kampung selamat sampai . Yang masih bekerja tu jangan sedih ada kesempatan boleh balik sekejap jumpa family kat kampung.

27 Ramadhan

Hujan lebat di petaling jaya.
Baru tadi selesai solat maghrib di masjid ada jenazah baru meninggal dan disolatkan berjemaah . Innalillahi wainna ilaihirajiun . Semoga rohnya bersama orang orang beriman.
Untunglah meninggal di bulan Ramadhan di hari jumaat.
Semoga semua taubat dan amalan kita diterima olehNya .

26 Ramadhan



Salam 26 Ramadhan
Salam Jumaat ...
Yang dalam perjalanan balik kampung hati hati drving.
Pesanan ini dari seseorang .
Jangan hina orang lain.
Sebab dunia ini berputar ibarat roda.
Mungkin orang yang kita hina kehidupannya jadi lebih baik dari kita akan datang.

25 Ramadhan


Malam ni hujan lebat selebatnya ketika sedang terawih rakaat yang kelima.
Guruh berdentum dentum.
Nikmatnya suasana malam ni.
Lepas habis witir ada tazkirah pasal kisah sahabat nabi. Cerita tentang amalan seseorang akan melalui 7 langit. Setiap langit ada pintu yang malaikat jaga.
Mata dah nak katup. Esok kita sambung cerita..

24 Ramadhan


Alhamdulillah kenyang berbuka nasi ayam dan karipap harini.
Selamat berterawih semua . Semoga kita semua dikurniakan lailatulqadar.

23 Ramadhan




Harini bizi buat closing sales May 2019.
Tq Allah.. target 10 deal dapat 5 deal.
Haza Min Fadhli Rabbi.
Kena perbaiki banyak lagi.
InshaAllah keep improving.
Dah mood raya. Fokus dulu tinggal 6 hari baki Ramadhan .