Friday, 23 October 2020

BUSINESS dengan UOLLS TAK MATCH EACH OTHER?

 

BUSINESS dengan UOLLS TAK MATCH EACH OTHER?
Ramai orang buat bisnes...
Tetapi tak sedar,
Bisnes yang uolls buat tu sebenarnya tak 'matching' atau bahasa mudahnya...
TAK SESUAI dengan UOLLS!
Sebab tu asyik gagal.
Langgar batu.
Langgar kayu.
Langgar bab*
MASUK GAUNG TERUS PUN ADA!
Buat bisnes jangan buat sebab ikut orang.
Jangan sebab orang kata bisnes tu best.
Jangan juga buat sebab minat.
Apatah lagi buat sebagai HOBI.
ADA KUNCI SEBENARNYA...
Yang follow kunci.
Confirm senang je reach 5 figure. 6 figure. 7 figure.
Yang tak follow...
Bisnes main redah je...
Selamat datang ke GAUNG! 🔥🙄🔥

NAK SALE.S MASUK BERSEPAH PENUH SELORI...?

 

NAK SALE.S MASUK BERSEPAH PENUH SELORI...?
Assalam semua...
Buat 3 perkara ni.
Jangan malas.
Jangan bagi alasan.
Jangan tulis rezeki tak pernah salah alamat kalau malas usaha...
INI 3 FORMULANYA... TERBUKTI.
LOVE post orang lain.
COMMENT post orang lain.
REPLY COMMENT sahabat uolls.
Takyah nak update status:
Sales bukan datang daripada like...
Ini pesbuk!
Ini tempat sosial.
Memang mark sukaburger tak bagi kita menjual.
Dia suruh kita buat iklan berbayar.
Jadi belajar seni menjual di pesbuk.
Ini tidak...
Asyik update status menjual 25 jam.
Lepas tu bodoh sombong taknak love dan komen post kawan - kawan. Uolls bajet retis sangat.
Retis pun rajin reply komen...
Uolls buat apa? 🔥😏🔥

BAGAIMANA TUKAR HUTANG BAIK MENJADI ASET

 

BAGAIMANA TUKAR HUTANG BAIK MENJADI ASET
Salah satu impian besar semua orang adalah TUKAR HUTANG JADI ASET .
Dan tak ramai tahu rahsia dan teknik ajaib dari si logam kuning.
Dan kebanyakan ilmu dan teknik ni orang bijak wang mereka simpan kemas rapat rapat yang mereka adalah jutawan senyap.
En R simpan si logam kuning ni sejak 2014. Hasil kesabaran dan konsisten akhirnya buah dah keluarkan hasil.
Alhamdulillah sekarang dah capai 1kg. Yang pasti harganya si logam kuning ni tetap naik setiap tahun.
Ini adalah pengalaman dari sifu emas ticer Tuan Syukor Hashim.
Pagi ini saya dapat soalan berikut:
En. R: Sesuai tak untuk dia jual emas dan bayar baki loan rumah berjumlah RM169k?
Jawapan: Ya sesuai, bagus dan digalakkan.
Sebab emas adalah aset. Jika anda jual emas dan settlekan hutang rumah, itu ibarat aset bertukar kepada aset lain.
Dalam masa yang sama, anda berjaya menghapuskan 1 hutang terbesar dalam hidup seorang manusia iaitu hutang rumah.
Memiliki rumah yang bebas hutang adalah impian semua orang.
Jika kenaikan harga emas membolehkan anda selesaikan hutang rumah, apa tunggu lagi? Jual emas dan selesaikan hutang rumah.
Anda bijak bila mengumpul emas dan kini emas telah membalas balik kebijaksanaan anda 👍
P/s: Mengikut sejarah chatting FB messenger saya dan En. R, beliau start simpan emas sejak tahun 2014.
🥳🥳🥳🥳🥳
Ticer serius nak bantu 300 penyimpan emas supaya dapat perbaiki kewangan dan capai impian bebas hutang.
Sabar dan konsisten. Orang tenang selalu menang.

RAHSIA ASAS PELABURAN EMAS

 

RAHSIA ASAS PELABURAN EMAS
Ramai tak faham cara buat simpanan emas yang betul dan asas pelaburan emas.
Asas pelaburan emas adalah jual beli emas.
Beli pada harga rendah jual pada harga tinggi.
Beli emas dapat emas di tangan. Dapat emas fizikal
Jual emas dapat duit semula.
Bukan beli emas dapat sijil atau nombor.
Fahamkan ya konsep asas emas ni.
Itu sahaja rahsianya. Takda teknik ajaib.
Emas takda pendapatan bulanan atau tahunan atau dividen macam asb atau tabung haji
Emas tak sama macam pelaburan lain. Jika ada yang janjikan pendapatan bulanan atau tahunan tu sila berhati hati. Awas.
Kebanyakan yang janjikan pendapatan bulanan atau tahunan tu adalah skim cepat kaya bertopengkan emas.
Macana kita buat untung dalam jual beli emas bergantung pada berapa banyak ilmu kita ada.
Ticer serius nak bantu 300 penyimpan emas manfaat supaya celik emas dan dapat perbaiki kewangan masing masing.
Caranya mula bertindak sekarang . Sabar dan konsisten kunci kejayaan.
Dapat sesuatu?
Ilmu emas percuma t.me/cekgusilogamkuning

RIZAB EMAS

 

RIZAB EMAS
Hakikat yang kita perlu tahu, dalam sistem kewangan antarabangsa, lebih 50% rizab bank-bank pusat seluruh dunia ialah matawang US Dollar, sedangkan US sendiri adalah penyimpan emas terbesar dunia!
Maksudnya, kita simpan KERTAS, tetapi US simpan EMAS! Nampak tak siapa lebih cerdik?
Persoalannya, bagaimana US boleh jadi penyimpan emas terbesar dunia?
Bila kita mengkaji sejarah, jawapannya dunia KENA TIPU dengan US selepas US memutuskan hubungan US Dollar dengan emas pada 1971.
Sebelum 1971 (sejak 1944), setiap USD35 nak dicetak, US perlu ada backup emas seberat 1 oz (31.1 gram).
Duit kertas yang dikeluarkan oleh US itu adalah VOUCHER mewakili emas. Kertas itu boleh digunakan untuk tebus semula emas dalam simpanan US.
Maka selepas perjanjian Bretton Wood 1944 yang diwakili oleh 44 negara dunia bersetuju menjadikan US Dollar sebagai RIZAB NEGARA menggantikan emas.
Waktu itulah, bermulanya emas mengalir masuk dengan banyak ke dalam simpanan US untuk ditukarkan dengan KERTAS US Dollar.
Tetapi lepas berlaku peperangan yang panjang (berbelas tahun) dengan Vietnam, US sudah kehabisan duit.
Nak cetak duit, perlu ada emas. Jadi apa yang US buat?
Putuskan terus hubungan US Dollar dengan emas!
Maka US boleh cetak duit sesuka hati. Dan sejak tahun 1971, dunia membeli KERTAS US Dollar dengan tukaran ganti hasil kekayaan masing-masing.
Duit kertas US Dollar sejak itu dikeluarkan 𝗢𝗨𝗧 𝗢𝗙 𝗡𝗢𝗧𝗛𝗜𝗡𝗚! Ia tidak lagi dibackup oleh apa-apa aset fizikal.
Menurut Prof Kameel Meera UIA, itulah rahsia kenapa US KAYA DAN BERKUASA. US Dollar itulah nyawa US yang sebenar.
Mana-mana negara yang mahu membunuh US Dollar, akan terima nasib seperti Iraq dan Libya!
Bila saya memahami sejarah ini, saya berpegang pada nasihat Tuan Azizi Ali (Pakar Kewangan, bukan ejen emas ya), dalam apa juga keadaan ekonomi, at least 5% - 10% dari kekayaan kita perlu disimpan dalam bentuk EMAS sebagai 'insuran' dari bencana sistem kewangan.
Sejarah membuktikan, pasti akan tiba waktunya duit kertas akan hilang nilainya 100%.
Tak ada ragu-ragu lagi. Cuma waktu sahaja yang kita tak pasti.
P/s - harap-harap tak berlaku sewaktu kita hidup
Kredit : Khaja Nazimudeen
Ilmu emas percuma t.me/cekgusilogamkuning

RAHSIA MALAM

 

RAHSIA MALAM
Alhamdulillah harini Allah izinkan ticer menuntut ilmu dengan guru guru lain di sekolah.
Antara ilmu yang ticer belajar harini tentang adab tidur.
Kita nampak adab tidur macam remeh tapi dalam Quran dan sunnah Nabi s.a.w Ada berikan panduan yang ramai orang terlepas pandang.
Sebab waktu tidur adalah waktu kita beristirehat dan di dalamnya terkandung rahsia malam.
Di dalam rahsia malam adalah saat di mana aktifnya gelombang Jin dan syaitan.
Rahsia malam jika nak hurai memang panjang, sebab itu kenapa Islam tekan kan adab tidur yang betul, sebelum tidur apa perlu kita buat
Kenapa kena berwudhuk
Kenapa kena bersiwak
Kenapa kena bertaubat atau zikir
Kenapa kena berwasiat
Kenapa kena pisahkan tempat tidur anak anak
Kenapa tak boleh tidur selepas subuh
Kenapa kena tidur awal
Bagaimana nak mudah bangun malam
Bagaimana amalan dan kualiti tidur yang baik dan kesan pada kesihatan
Pentingnya amalan tidur yang baik

CORONAVIRUS

 CORONAVIRUS

Ada orang memang bijak gunakan moratorium untuk kumpul emas.
Ini lah hasilnya.
2 folder dah penuh. 1 folder ada 60 pieces.
Ticer nak bagi tips bagi mereka yang susah nak simpan duit.
Memang ticer pun dulu ada masalah ni susah nak konsisten menabung . Bila dah mula beli 1 gram macana susah ticer akan usahakan.
Syukur..
Ticer serius nak bantu 300 penyimpan emas di bawah bimbingan ticer.
Jom simpan emas.

PERKARA WAJIB PARA ISTERI TAHU TENTANG HARTA PENINGGALAN ARWAH SUAMI

 

PERKARA WAJIB PARA ISTERI TAHU TENTANG HARTA PENINGGALAN ARWAH SUAMI
Pelbagai isu timbul apabila suami yang meninggal dunia tidak membuat apa-apa perancangan terhadap harta yang ditinggalkan.
Di sini dikongsikan perkara-perkara PENTING yang perlu para isteri fahami agar sedikit sebanyak dapat membantu meneruskan kehidupan dengan lebih tenang.
1. Jika suami meninggal dunia dan meninggalkan harta tanpa membuat wasiat atau tanpa menghibahkan hartanya semasa hidup, maka semua harta-harta yang halal yang ditinggalkan adalah merupakan harta pusaka yang akan diwarisi oleh isteri dan waris-waris lain mengikut hukum faraid.
2. Jika suami meninggal dunia meninggalkan anak lelaki, anak perempuan, ibu dan bapa, maka mereka juga adalah waris-waris yang berhak mewarisi harta pusaka arwah suami selain daripada isteri.
3. Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri, anak perempuan, bapa dan adik-beradik, maka waris yang berhak ke atas harta pusaka arwah suami adalah isteri, anak perempuan dan bapa sahaja. Adik-beradik arwah suami tidak berhak.
4. Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri, anak perempuan dan adik beradik, maka semua itu adalah merupakan waris-waris yang layak mewarisi harta pusaka arwah suami.
5. Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri, anak perempuan berumur 8 tahun dan anak lelaki berumur 2 hari, maka adik-beradik arwah suami tidak berhak ke atas harta pusaka arwah suami walaupun anak lelaki tersebut baru berumur 2 hari.
6. Jika suami meninggal dunia dan 2 hari sebelum itu telah menceraikan isterinya dengan perceraian secara talaq 1, maka isteri tersebut masih lagi berhak ke atas harta pusaka arwah suaminya.
7. Jika suami meninggal dunia sebaik sahaja selepas akad nikah dengan isterinya, isterinya tetap berhak ke atas harta pusaka arwah suaminya.
8. Jika suami sebelum meninggal dunia menyatakan mengharamkan harta-hartanya diwarisi oleh isteri dan kemudiannya meninggal dunia, isteri tersebut tetap berhak mewarisi harta pusaka arwah suaminya.
9. Jika suami meninggal dunia meninggalkan harta yang berkongsi bahagian dengan isteri, bahagian yang dimiliki oleh arwah suami merupakan harta pusaka yang perlu dibahagikan kepada waris-waris termasuk isteri mengikut hukum faraid.
10. Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri sebagai penama kepada simpanan KWSP, Tabung Haji, Takaful atau seumpamanya, maka isteri hendaklah bertindak sebagai pentadbir untuk membahagikan wang-wang tersebut kepada dirinya dan waris-waris lain yang berhak mengikut hukum faraid.
11. Jika suami meninggal dunia namun harta yang ditinggalkan merupakan harta yang dipinjam, harta yang diamanahkan, harta yang telah diwakafkan, harta yang telah dihibahkan atau harta yang telah dijual, harta-harta tersebut bukan merupakan harta pusaka yang layak diwarisi oleh isteri.
12. Harta pusaka arwah suami yang diperolehi dalam tempoh perkahwinan dengan isteri boleh dituntut oleh isteri sebagai harta sepencarian melalui Mahkamah Syariah.
Untuk lebih mudah, uruskan harta anda di Majlis Agama Islam Selangor, layari www.mais.gov.my
P/S: Jom sebarkan. Penting untuk pengetahuan semua terutamanya para isteri.
Kredit : Majlis Agama Islam Selangor

WASIAT DAN HUTANG


WASIAT DAN HUTANG
Semalam ticer ada event di sekolah dalam masa yang sama majlis menuntut ilmu.
Dengan ketiadaan air tapi semua urusan Allah mudahkan.
Ticer belajar bab adab dan akhlak. Belajar bab keberkatan rezeki dan ilmu. Jika bicara bab rezeki ni memang takkan pernah habis. Panjang sangat.
Sekian banyak ilmu yang ada di muka bumi ni tapi Allah izinkan kenapa kena belajar ilmu adab ni. Banyak sebabnya.
Salah satu dalam kuliah adalah adab tidur. Cukup terperinci dalam Islam dan Nabi s.a.w ajar dan berikan panduan tentang adab tidur.
Salah satunya dianjurkan sebelum tidur kita MENULIS WASIAT . Takut takut itu adalah tidur kita yang terakhir. Tanpa kita sempat wasiatkan kepada anak isteri kita , impian kita, kemahuan kita, harta kita, hutang piutang kita lebih lebih lagi.
Apa kaitan wasiat dan hutang piutang kita. ?
Apa persediaan kita sebelum mati?
Apa kesan tidak berwasiat?
Apa kesan bila hutang piutang kita tinggalkan pada waris kita?
Berapa banyak harta orang islam dibekukan sebab kurangnya ilmu tentang wasiat.
Berapa ramai waris yang bergaduh disebabkan kurangnya ilmu tentang wasiat dan hibah.
Kenapa ticer sangat concern bab WASIAT DAN HUTANG sebab dah banyak sangat kes yang kita orang islam hadapi . Namun tak ramai yang ambil cakna.
Di saat ticer terima ilmu ni. Allah ilhamkan beberapa perkara untuk ticer tulis bab WASIAT DAN HUTANG PIUTANG ni.
Hati hati dengan hutang kita
Hutang kita dengan Allah
Hutang kita denga manusia
Ambil peduli mulai sekarang. Buat persediaan walau kita muda lagi sebab kita tak tau bila bila masa apa apa akan terjadi.

Banyak lagi ilmu ticer kongsikan t.me/cekgusilogamkuning 

TELEGRAM CHANNEL

 

TELEGRAM CHANNEL
Untuk september ni ticer Akan banyak sharing di telegram channel tentang
1. syarikat public gold.
2. Kenapa ticer pilih syarikat emas public gold , bukan yang lain.
3. Ticer tak nak sentuh dulu bab produk
4. Apa misi visi syarikat
5. Kenapa industri emas?
6. Kenapa kena follow ticer di telegram channel group?
7. Apa pencapaian public gold?
8. Siapa founder?
9. Siapa committee shariah?
10. Apa peluang bisness di bawah pg group?
11. Bagaimana nak buka kedai online tanpa modal dan setiap hari dapat bimbingan percuma?
12. Bagaimana bina bisnes online dan pasif income dengan pg jewel tanpa jadi dealer?
13. Bagaimana bina bisnes online dan pasif income dengan pg mall tanpa jadi dealer?
14. Bagaimana bina bisnes online dan pasif income dengan Aurora Italia tanpa jadi dealer?
15. Apa reward yang disediakan oleh pg group ?
16. Sales dan recruitment
Ticer akan kupas satu persatu dan banyak lagi ticer nak kongsikan.

EMAS BOLEH ELAK ANDA PINJAM DUIT

 

EMAS BOLEH ELAK ANDA PINJAM DUIT
Selama membesarkan saya, mak tak pernah pinjam duit.
.
Mak saya operator kilang jer, duit gajinya + pencen arwah abah + berniaga sikit-sikit itulah saja punca pendapatan mereka.
.
Namun bila dapat bonus dan pendapatan tambahan arwah abah beli barang kemas dekat mak. Tak banyak adalah seurat dua yg boleh mak pakai
.
Pernah ketika kesesakan wang mak suruh abah pajak rantai emas kemudian bila dapat gaji + duit niaga , kumpul dan tebus balik.
.
Bila saya dewasa dan balik kampung saya sembang dengan mak,
saya tanya mak
"mak pernah tak pinjam duit orang?"
.
jawab mak "seingat mak memang tak pernah, tak cukup duit mak kumpul, kalau sesak mak gadai barang kemas, segan nak meminjam orang, belum tentu orang nak bagi pinjam kat mak sebab orang tahu mak orang susah mana ada duit nak bayar balik"
.
Bagi orang pinjam duit dan pinjam duit orang memang kedua-duanya langsung tidak menyenangkan dari segi emosi.
.
Sorang tebal muka mintak pinjam duit, sorang lagi terpaksa pikir kalau bagi pinjam entah dapat balik ke tidak
.
Ada segram pun dah boleh dijadikan back up jika terdesak sangat, InsyaAllah.
.
Siapa pernah terkena orang pinjam duit kemudian buat dunno tak nak bayar, cepat-cepat beli emas dan barang kemas
At least kalau orang nak pinjam duit kita boleh cakap
Sorry la dah habis duit jadi benda lain
Kalau dorang nak pinjam emas pulak ( eh tak malu betul) boleh jugak cakap “boleh......boleh belah!!!”
Hehehehe sekian cerita mak mak
Ilmu emas percuma t.me/cekgusilogamkuning

ZAKAT

 

ZAKAT
1. Mereka yang berbisnes niatkan untuk dapat bayar zakat.
2. Mereka yang baru nak berbisnes pasakkan niat satu hari nak jadi pembayar zakat terbesar di daerah atau kawasan masing masing.
3. Niat simpan emas untuk dapat bayar zakat emas.
4. Ada 10 jenis zakat harta yang kita boleh zakatkan. Pasakkan niat tujuan kita mencari harta dan kekayaan supaya dapat jadi pembayar zakat untuk golongan yang memerlukan.
5. Kelayakan zakat dan cara caranya boleh rujuk dengan pusat zakat kawasan masing masing.
6. Sebagai muslim, tujuan hidup kita ingat semula rukun Islam yang lima. Apa tujuan kita hidup. Apa tujuan kita simpan emas. Sekadar suka suka kita hidup kat dunia? Sekadar sia sia? Sekadar makan , minum, tidur, kerja, kahwin ? Itu sahajakah tujuan kita kat dunia?
Ilmu emas percuma t.me/cekgusilogamkuning

SALAH FAHAM 'BRANDING'

 

SALAH FAHAM 'BRANDING'
Assalam semua...
Cara membina BRAND di pesbuk tidak sama dengan di luar sana. Jika di luar sana... keutamaan membina BRAND adalah pada LOOK sesuatu jenama itu...
Contohnya:
Nama Brand
Color Brand
Logo Brand
Signboard Brand
Ianya tidak sama dalam pesbuk.
Di dalam pesbuk...
Anda tidak perlu bergaya, tangkap gambar cantik dalam studio. Kemudian pakai coat atau blazer atau suit mahal untuk impress friends pesbuk uolls.
Ramai saya tengok...
Cikgu Branding kononnya ajar...
Gambar Profile kena tiptop.
Pakai smart ala korporat. Bajet hebat...
Sedangkan...
Takde sape kisah uolls siapa dalam pesbuk ni.
Yang penting...
Pesbuk Branding dibina dengan:
1. Engagement & bonding
- love & comment post orang lain
- reply comment
- selalu bergaul secara maya
2. Value
Apa yang uolls boleh bantu?
Ini je 2 cara membina brand.
Kalau uolls pakai baju smart ber coat ber blazer ber suit bagai... tetapi malas nak comment post orang lain... sombong... bajet retis... pastu ada hati mengajar orang 'cara sebenar buat branding di pesbuk'... saya suggest u pergi khatam dan masuk sekolah air liur 18 ke 19 kali...