Di saat ticer faham satu perkara tentang kejayaan.
Proses nak berjaya memang perlukan banyak pengorbanan. Kena korban banyak perkara dulu baru kejayaan datang.
Ada yang datang cepat dan ada yang lambat kejayaan baru sampai. Pokoknya never give up.
Apa yang ticer faham dan belajar dari orang berjaya tentang proses kejayaan.
1. Kejayaan setiap orang berbeza. Ada yang nak kumpul harta. Ada yang nak ada bisnes beratus beribu networking. Ada yang nak ilmu. Ada yang nak simpan emas berkilo kilo. Macam macam bentuk kejayaan.
2. Kejayaan perlukan pengorbanan. Masa, tenaga, duit, hubungan dan macam macam. Perit, jerih, pahit, maung memang makanan asam garam mereka.
3. Orang berjaya tak buat perkara yang biasa biasa orang biasa buat.
4. Orang berjaya tak buat perkara senang yang orang biasa buat. Contohnya simpan emas. Simpan emas bukan kerja senang ya sebab ia melibatkan pengorbanan emosi dan jiwa yang tinggi sebab kena tahan diri dari beli barang kehendak yang kita mahu sangat2.
Sebab misi kita nak keluar dari hidup biasa biasa jadi luarbiasa. Itu impian semua orang.
Kecuali kalau kita suka scam orang dapat duit berkepuk kepuk buat pergi soping joli sana sini. Dah tak tau nak buat apa dengan duit tu. Apa dia kisah bila dia scam orang, sape suruh jadi bodoh sangat. Macam tu pulak jawapan dorang kan.
5. Jika mereka buat, mereka buat extraordinary
6. Jika mereka bertindak, mereka bertindak extraordinary
7. Jika mereka menulis, mereka menulis extraordinary
8. Jika usaha orang biasa 10ganda, usaha mereka extraordinary 20ganda.
9. Jika orang biasa buat 10 task, mereka buat 15 task
10. Sebab itu orang yang banyak complain, excuse dan suka blame orang mereka susah nak maju.
Seruan panggilan marilah menuju kejayaan setiap hari kita dengar 5 kali sehari.
Semoga kita tergolong orang orang yang diberi kejayaan dan sentiasa berbuat kebaikan.
No comments:
Post a Comment