Tuesday, 20 October 2020

TIP EMAS #1

TIP EMAS #1

 Berapa banyak emas yang wujud di dunia pada hari ini? 

Jawapannya mungkin mengejutkan anda. Oleh kerana emas secara praktikalnya tahan selama-lamanya dan tidak berkarat atau luntur, dianggarkan kesemua emas yang pernah dikeluarkan dari dunia ini masih ada di luar sana di sesuatu tempat dan dalam sesuatu bentuk. 

Ya, semua emas yang pernah dikeluarkan masih wujud. Ini bermaksud yang syiling emas di tangan anda itu mungkin pernah dipegang oleh Firaun pada satu masa dahulu ataupun pernah menghiasi beberapa kuil Inca!

 Adalah dianggarkan ada sejumlah 197,500 tan emas yang wujud di dunia pada hari ini. Sekiranya semua emas itu dileburkan dan dibentuk semula, ia akan membentuk kiub segi empat dengan saiz berukuran 21 meter, 2.77 meter pendek daripada kepanjangan satu gelanggang tenis! 

Atau untuk menyebutnya dalam cara lain, ia akan memenuhi 60 treler traktor. Ia tidaklah banyak, bukan? 

Pada harga $1,715 satu auns, nilainya anggaran $10.9 trillion . 

Ilmu emas percuma t.me/cekgusilogamkuning

No comments:

Post a Comment