Tuesday, 20 October 2020

Skim Cepat Kaya

 


Gais,
Jika anda pelabur emas, hati-hati dengan kemunculan skim cepat kaya bertopengkan emas.
Ya! mereka mula memancing anda sekarang.
Apa ceritanya?
Semalam 5/10/2020 saya dapat laporan tentang wujudnya syarikat yang menawarkan pulangan setiap bulan selama 6 bulan kepada pembeli emas mereka.
Modus operasi mereka seperti ini:
a.) Pembeli membeli emas fizikal 999.9 daripada syarikat.
b.) Syarikat akan membayar keuntungan kepada pelabur mereka setiap bulan (berapa % saya tak tahu)
c.) Selepas 6 bulan, syarikat akan membeli semula emas tersebut pada harga anda beli 6 bulan lepas.
d.) Anda automatik akan menjadi agen/konsultan mereka dan boleh buat side income bersama company tersebut (saya rasa dapat komisyen bila cari pelabur baru)
Gais.
Sebagai orang yang dah 12 tahun dalam bidang ini, saya dah tengok semua jenis game skim cepat kaya bertopengkan emas.
Ini adalah salah satu ciri skim cepat kaya. Modus operasi seperti ini telah wujud 10 tahun lepas (tengok gambar).
Pada tahun 2010, syarikat ini telah menipu RM25 juta ringgit gais.
Diorang offer pelabur 3% setiap bulan selama 3 bulan.
Emas dijual pada harga semasa dan pelabur pegang emas tersebut. Jadi pelabur akan rasa selamat sebab emas kat dalam tangan. hehehe.. selamat konon. perangkap bukan kat situ gais.
Jadi bila pelabur dapat 3% setiap bulan selama 3 bulan, maka pelabur sudah rasa seronok dan yakin.
Kat mana syarikat menipu?
Bila habis kontrak 3 bulan, syarikat akan tanya "Nak teruskan atau sambung lagi 3 bulan?"
Kalau pelabur tak mahu sambung kontrak, maka syarikat akan minta pelabur untuk serahkan balik emas tersebut kepada mereka dan syarikat akan bank in duit dalam tempoh 7 hari.
Jadi dalam tempoh 7 hari itu, syarikat kutip semua emas dari pelabur yang tak nak sambung kontrak.
Lepas tu diorang lariiii..... 🏃🏃🏃🏃
Lepas 7 hari duit tak masuk akaun, barulah pelabur sedar yang mereka dah kena tipu 🤬
Jadi, tujuan syarikat bagi emas kat tangan pelabur waktu mula-mula dan bayar pulangan dengan cantik selama 3 bulan tu, hanyalah umpan dan nak bina kepercayaan aja.
Lepas pelabur percaya, barulah senang nak tipu kan?
Jadi gais. Jika ada syarikat yang tawarkan keuntungan setiap bulan-bulan bila beli emas, maka larilah jauh jauh.
Itu mengarut. Mengarut. Mengarut
Soalan: Kalau nak join jugak boleh ke?
Jawapan: Jika anda tak pernah kena tipu sepanjang anda hidup, maka anda boleh try join program ini. kihkih 😜
(Sila baca berita tahun 2010 dibawah)
Nota emas percuma t.me/cekgusilogamkuning






No comments:

Post a Comment