Tuesday, 20 October 2020

Tips Emas #3

 


Tips Emas #3
Kenapa kita perlu memilih dan sokong ArRahnu sebagai pajak gadai Islam ?
ArRahnu ni ibarat tempat untuk kita dapatkan tunai dengan segera dengan cagarkan emas.
Ia lebih baik daripada pinjaman peribadi.
Antara sebabnya :
1. Tiada kadar bunga di kenakan. Yang ada hanya caj kos upah simpan.
2. Kadar kos upah simpan yang minimum. Tidak berat sebelah. Senang cerita No Riba.
3. Sistem yang telus dan adil.
4. Prosesnya mudah dan cepat berbanding personal loan.
5. Tak perlu slip gaji atau penyata bank . Hanya perlu bawa emas yang nak dicagarkan dan surat belian emas. Emas akan ditimbang dulu.
6. Wang tunai di beri segera jika ada kecemasan yang mendesak.
7. Sesuai untuk peniaga kecil yang perlukan cash untuk rolling modal perniagaan mereka.
8. Peminjam diberikan masa selama 6 bulan untuk tebus semula emas mereka.
9. Jika tak mampu, tempoh akan dipanjangkan lagi sehingga 3 ke 6 bulan.
10. Jika tak mampu juga, pembiaya akan beri 3 kali notis kemudian baru emas itu di lelong. Hasil lelongan tadi, pembiaya hanya ambil jumlah pinjaman dan kos upah simpan. Sekiranya ada lebihan wang tadi akan dikembalikan kepada peminjam.
11. Risiko sebagai pembiaya dapat dikurangkan.
12. Risiko sebagai peminjam dapat dikurangkan daripada disaman, NPL ( non performing loan ) dan bankrup.
13. Pinjaman boleh dibayar ansuran samada mingguan atau bulanan. Dengan syarat pembayaran dibuat sehingga penebusan. Bagi peniaga kecil yang berpendapatan harian mereka boleh manfaatkan ArRahnu sebagai tempat rolling modal.
14. Sebagai contoh Ar-Rahnu Bank Rakyat menawarkan RM0.65 bagi setiap RM 100 nilai marhun (emas) sebulan sebagai caj upah simpan.
Semoga bermanfaat.
Ilmu emas percuma t.me/cekgusilogamkuning

No comments:

Post a Comment