Tuesday, 20 October 2020

SKIM CEPAT KAYA EMAS DATANG LAGI!

 

SKIM CEPAT KAYA EMAS DATANG LAGI!
Dalam saya mencari rezeki dengan membimbing orang lain tentang emas, menjadi tanggungjawab saya juga untuk sedarkan orang supaya jangan terjebak dengan skim cepat kaya berasaskan emas.
Beli emas itu penting. Tapi tidak terlibat dengan skim cepat kaya itu jauh lebih penting.
Biarlah saya tak berjaya meyakinkan orang untuk menyimpan emas. Tapi untuk tidak melihat mereka tertipu dengan skim cepat kaya seperti ini adalah satu kewajipan.
Saya kena selalu ingatkan. Sekali, dua kali, sedaya mungkin saya.
Tapi kalau anda semua berdegil juga, saya tak boleh buat apa-apa. Saya bukan polis. Tanggungjawab saya selesai dengan memberi peringatan.
Selebihnya... duit anda, ikut suka hati anda la nak decide macamana.
Macamana nak kenal skim cepat kaya berasaskan emas?
1. Ia mesti sejenis PELABURAN. Masuk sekian banyak duit, dijanjikan dengan sekian banyak keuntungan. Ini semua money game. Selagi ada yang masuk, selagi itu scammer boleh membayar keuntungan.
2. Keuntungan kadang-kadang harian, kadang-kadang bulanan dan kadang-kadang tahunan. Sedangkan kita tahu harga emas turun dan naik. Macamana boleh dijamin keuntungan? Setiap hari pulak tu.
3. Selalu berselindung di sebalik pendaftaran yang sah dengan SSM atau ada perjanjian bertulis. Ini semua wayang semata-mata.
4. Biasanya program begini akan launching secara besar-besaran. Semua ini dengan niat untuk mengelabui mata masyarakat.
5. Gambar dengan kereta mewah (atau penyerahan kunci kereta), rumah banglo, duit berkepuk-kepuk masuk dalam akaun dan lain-lain adalah jarum halus untuk mempengaruhi orang yang tamak, malas bekerja, lapar duit, angan-angan tinggi dan perasan akan kaya tanpa perlu bekerja.
5. Kadang-kadang modal bangsa dan agama juga boleh jadi senjata. Gambar semua orang Melayu/Islam, lengkap dengan kopiah dan songkok (pak haji yang jujur la ni kononnya) adalah juga untuk mengelabui mata orang Melayu yang memang rata-ratanya agak ‘bodoh’ dalam tipu daya sebegini.
7. Jangka hayat pelaburan sebegini tak akan lama. Bila dah kurang orang join, atau dah ramai mula rasa tertipu (mungkin sebab tak dapat wang sebagaimana dijanjikan) ia akan hilang tanpa jejak sedikit demi sedikit.
8. Alamat pejabat dan website yang rapuh dan boleh dicurigai. Ini silap haribulan boleh hilang dari radar dengan pantas.
9. Cerita pasal untung saja. Risiko rugi tak pernah cerita. Too good to be true. Nanti bila dah lingkup, banyak pulak alasan dia. Kena tipu la. Partner bawa lari duit la. Ada orang dengki la. Bla.. bla.. bla.. semua alasan recycle.
10. Apa lagi ciri-cirinya? Lu pikir la sendiri.
Akhirnya, saya nak buat sikit disclaimer.
Saya mungkin salah sebab saya bukan tahu hakikat sebenar semua skim ini pun. Saya buat kesimpulan berdasarkan pemerhatian dan ciri-ciri yang ada.
Tapi prinsip saya dalam hal ini sangat mudah.
Biar kita menyesal tak melabur daripada menyesal bila dah tersalah lebur.
Faham tak?
Adios!
- sila share ke serata alam kalau anda sayangkan diri sendiri, ahli keluarga, kawan-kawan dan kenalan yang mungkin akan terjebak -
Kredit : Ustaz Khairul Anuar Basri

No comments:

Post a Comment