Suka baca coretan pasal Jepun di tulis oleh Zunita Ramli.
Salah seorang rakan fb yang tinggal di Jepun dan menulis tentang negara Jepun
Sila follow fbnya.
Snow Monsters, atau juga dipanggil sebagai “Juhyo” adalah fenomena natural yang amat jarang berlaku, terbentuk daripada pembekuan ais dan salji yang berulang-ulang.
Juhyo terletak di atas Gunung Zao, di wilayah Yamagata iaitu lebih kurang 400km dari Tokyo. Juhyo ini sebenarnya adalah pokok fir Maries yang telah ditimbuni oleh salji dan ais yang tebal.
Bermula pada hujung Disember hingga pertengahan bulan March, angin sejuk dari Siberia bertiup terus ke kawasan Gunung Zao, menyebabkan penghasilan banyak salji dan suhu yang ekstrem di kawasan Gunung Zao.
Kombinasi ini menghasilkan efek juhyo — iaitu timbunan salji dan ais menutupi pokok fir Maries secara konsisten menjadikan pokok fir Maries dilaputi sepenuhnya dengan salji.
Berjalan di antara juhyo rasa seperti berada dalam filem “Narnia”, walaupun dengan suhu sejuk ekstrem, mencecah -20 darjah selsius!


No comments:
Post a Comment