Monday, 22 June 2020

NOTA EMAS : Simpan Emas Jangka Masa Panjang



Ulasan dari pakar emas..

Data pekerjaan US yang sangat positif pada malam ini menyebabkan pasaran saham naik dan harga emas jatuh banyak.

Cerita lanjut

Setiap hari Jumaat minggu pertama, jabatan buruh Amerika Syarikat akan mengeluarkan laporan pekerjaan negara US.

Data pekerjaan ini akan mengukur sejauh mana kekuatan pasaran kerja seterusnya memberikan gambaran terhadap ekonomi US.

Data yang dikeluarkan pada malam ini menunjukkan peningkatan sebanyak 2.5 juta pekerjaan berbanding anggaran -8.3 juta pekerjaan.

Data yang sangat positif ini dikatakan memberikan gambaran bahawa ekonomi US semakin pulih daripada kesan covid19.

News seperti ini akan menyebabkan emas jatuh harga dan pasaran saham meningkat.

Sekarang ini saya lihat, harga emas banyak dipengaruhi oleh news-news. Negatif news menyebabkan harga emas naik dan positif news akan menyebabkan harga emas turun.

Action plan = invest untuk jangka masa panjang.

Harga jatuh = peluang topup gram anda.

Sumber https://www.cnbc.com/2020/06/05/jobs-report-may-2020.html

#NotaEmasSyukorHashim

Kredit : Syukor Hashim


No comments:

Post a Comment