Monday, 22 June 2020

MOTIVASI : Self Love Diri Yang Tinggi


SELF LOVE DIRI YANG TINGGI

Cakap yang baik baik , doa yang baik baik , beri yang baik baik semua adalah doa .

Beri yang terbaik untuk diri sendiri. Mendoakan orang lain

Memaafkan orang lain . Maafkan ibu bapa, suami atau isteri, orang lain dan last maafkan diri sendiri.

Tak perlu bandingkan diri dengan orang lain

Berikan kata kata positif dan baik setiap hari kepada diri sendiri bahawa hidup ini hanya sementara akhirat yang kekal abadi.

Misi visi hidup adalah tujuannya meraih redha dan kasih sayang Allah. Bukan perhatian manusia .

Katakan pada diri :

1. Kita bertanggungjawab sepenuhnya dengan hidup kita

2. Sikap percaya penuh pada diri akan segala kelebihan yang Allah dah beri. Kelemahan mengingatkan diri kita hanya insan biasa yang kekuatan itu milik Allah yang kekal.

3. Solat adalah terapi terbaik. Belajar solat di awal waktu.

4. Tiada kegagalan. Yang ada cuma kejayaan yang tertangguh

5. Menjaga kesihatan diri . Ini hak diri. Berikan diri makanan terbaik . Berikan diri amalan rohaniah terbaik.

6. Sentiasa zikir, istigfar dan selawat ke atas Nabi s.a.w

7. Banyakkan syukur dalam hidup terhadap semua perkara yang telah , sedang dan akan kita hadapi. Hidup nasib kita boleh ubah dengan doa dan usaha.

8. Sentiasa energi dan motivasi hidup yang tinggi. Hidup ini keras, jika kita lembik pasti tertinggal. Kita ada Allah. Lahaulawala Quwwata Illah Billah

9. Jadilah yang terbaik dalam bidang kita. Sentiasa upgrade diri dengan ilmu, kemahiran baru, energi baru dan lain lain.

Semoga bermanfaat

No comments:

Post a Comment