MENULIS UNTUK MEMBERI VALUE DAN ILMU TENTANG EMAS. WHATSAPP : +6017- 3409145 EMAIL : shahlizasukiman2@gmail.com INTRODUCER : SHAHLIZA SUKIMAN INTRODUCER CODE : PG00212651 FACEBOOK : Iza Sukiman
Monday, 22 June 2020
MOTIVASI : Tips Jimat Berbelanja
TIPS JIMAT BERBELANJA
Ibu ayah surirumah surarumah yang rajin ke pasar atau pasaraya beli barang keperluan mesti rasa lega sebab dah boleh keluar beli barang
Barang basah macam ikan , ayam, daging, sotong, udang mesti nak kena beli kat pasar atau kedai runcit juga
Macam barangan kering memang boleh beli saja di online.
Sebelum beli barang wajib kena ada shopping list.
Bukan apa nak elak supaya terlebih belanja dan beli barang tak perlu.
Kenalah berbelanja dengan bijak.
Kenalah berjimat cermat.
Senang nak buat budget. Tak terlebih budget
Biasanya para ibu dah siap siap tulis barang apa nak di beli.
Ada lagi yang hebat siap ingat harga tulis harga
Memang kita dah takda masa nak compare compare harga
Mana harga yang murah atau mahal
Biasanya harga mahal kualiti lebih sedap dan bagus
Siap tulis jenama dan detail. Ha senang kan.
Bila ada shopping list sebenarnya dah banyak jimatkan masa.
Jika orang lelaki shopping lagi senang.
Masuk pasaraya, pilih barang apa nak beli, beratur dan bayar . Balik . Sangat straight to the point . Takda nak melencong lencong.
Sebab cabaran dan godaan masa terlihat promosi di rak rak tu kan akan buatkan kita stop dan belek letak, belek letak last sekali ambil sajalah, walhal ia bukan ada dalam list shopping pun.
Haha ini biasa dan selalu terjadi.
Berbelanja tanpa shopping list sangat BAHAYA sebab kemungkinan untuk beli barang tak perlu dan terlebih belanja sangatlah tinggi.
Rule ni wajib buat sebelum keluar beli barang.
Makan kenyang kenyang sebelum shopping.
Ikut kajian shopping waktu perut lapar kita akan cenderung terbeli banyak barang makan yang tak ada dalam shopping list.
Nampak roti, coklat, snek, keropok, gula gula , manisan semua sedap craving tak boleh nak direject.
Selagi troli kosong makin banyak nak diisi lagi.
Makanan junk food kurang khasiat di makan selalu. Boleh tapi tak selalu.
Jadi sebelum keluar tu makanlah dulu walau sikit dari biar perut lapar.
Nanti nampak macam macam je nak membeli.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment