Thursday, 4 June 2020

MOTIVASI : Learn. Relearn. Unlearn



Tips Sentiasa Belajar Perkara Baru.

Tips ini sharing dari seorang mentor jutawan tapi saya elaborate sikit

Dalam kamus hidup usahawan kena pegang 3 perkara ni

Learn. Relearn. Unlearn.

1. Learn

Adalah proses berpanjangan . life long learning. Dalam kamus hidup usahawan jika kita stop belajar di saat itulah kita sedang memasukkan diri dalam gaung kegagalan.
Sampai masa kena campak ego dan sombong dalam tong sampah. Sebab 2 sifat ni takkan bawa kita ke mana mana .
Nak berjaya sentiasa kosongkan gelas untuk terima ilmu dan perkara baru dalam bisnes dan kehidupan

2. Relearn

Jika dah berjaya kuasai satu ilmu atau skill atau strategi dan berjaya buat jualan atau kejayaan yang banyak.
Lupakan kejayaan itu.
Buang rasa ego, sombong, rasa diri dah pandai. Usah duduk di comfort zone.
Bina dan capai matlamat seterusnya. Untuk naik ke level seterusnya perlukan ilmu dan strategi yang lain pula.
Banyakkan berguru dengan pelbagai guru.
Orang berjaya sentiasa mempunyai idea baru, fresh dan di luar kotak.

3. Unlearn

Di saat kita rasa diri dah pandai dan duduk di zon selesa kita sedang letakkan diri dalam periuk api tunggu masa rentung.
Tunggu saat bisnes melingkup.
Sentiasa belajar ilmu, skil, strategi baru.
Dunia sales dan marketing perlukan idea baru dan segar.
Jika masih di takuk lama , kita akan ketinggalan jauh ke belakang.

Contohnya lihat je sekarang bila covid datang

✅semua proses offline terhenti
✅jualan dan permintaan online tinggi mendadak sebab semua orang terpaksa duduk di rumah dan membeli online
✅Semua orang tak boleh berjual beli offline
✅Semua kena buat jual beli melalui online.
✅Fasa pkp banyak merubah aktiviti ekonomi
✅Meeting terpaksa online
✅Kerja dari rumah
✅Sekolah di tutup. Anak anak belajar online

Terlalu banyak hikmah dan pengajaran daripada covid dan pkp.

Disebab kan ujian ini juga banyak sektor ekonomi terjejas. Ramai hilang pekerjaan.

Tak kurang juga mereka yang sudah bersedia dan bijak ambil peluang keemasan ini juga terhasilnya jutawan pkp.

Golongan 3% ini sentiasa bijak ambil peluang . Mereka buat tindakan yang tidak di lakukan oleh golongan 97%

Demi Masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. ( Surah Al-Asr)

Semoga bermanfaat.



No comments:

Post a Comment