Bila anda minat sesuatu perkara, biasanya anda akan cari
maklumat lanjut tentang ilmu tersebut.
Samada anda beli buku, baca blog, pergi seminar, tengok youtube
dan jump terus dengan pakar.
Tujuannya supaya anda boleh mendalami ilmu tersebut dengan cepat
dan betul.
Perkara ini akan bagi anda ilmu @ dalam bahasa mat salleh
dipanggil“head knowledge”
Bila anda dapat head knowledge, ia mungkin menyebabkan anda rasa
nak teruskan atau tak nak teruskan.
Saya bagi contoh sebenar, sebelum saya tahu ilmu emas dengan
mendalam tahun 2008, saya berminat untuk belajar ilmu forex.
Saya ingat lagi, tahun 2006 waktu saya kerja kat Universiti
Multimedia Melaka, ada sorang student nama Alfian datang ke bilik saya dan
cerita pasal forex.
Dia siap tunjuk kat saya income trading forex dia yang mencecah
ribuan USD (waktu tu saya tak tahu yang statement tu adalah statement akaun
demo aje dengan modal 50,000 USD demo.. ciss
)
Jadi saya ingatkan trade forex nie senang.
Jadi dengan bermodalkan kad kredit untuk modalkan trading
account, saya pun tradelah forex.
Pastu rugi... (newbie forex mesti lingkuplah).
Kalau tak silap dalam USD1500 duit saya burn (ingat-ingat lupa) 
Lepas rugi banyak tu, barulah saya gi cari buku dan baca (beli
kat Amazon.com).
Lepas baca buku forex, barulah saya tahu yang forex nie susah,
berisiko tinggi dan trade dia aktif waktu malam (US market open).
Jadi setelah baca buku forex, dan faham selok belok ilmu forex,
saya buat keputusan untuk tidak trade forex. Stop terus. Sebab ia tak sesuai
dengan personaliti saya.
Namun pada tahun 2008, ketika saya baru kenal emas, saya buat
perkara yg sama macam ilmu forex iaitu mencari ilmu dan berjumpa pakar-pakar
emas.
Saya beli buku-buku pasal emas dan silver dan baca betul-betul.
Lepas baca buku tentang emas, saya rasakan emas ini sesuai
dengan jiwa saya. Tambahan pula mak saya sendiri ada pengalaman baik-baik
tentang emas. Mak saya support 100%
Apa tindakan yang saya buat? Beli emas, menulis blog pasal emas
dan melibatkan diri dengan syarikat emas Public Gold.
Saya ambil massive action (tindakan besar) setelah mendalami
ilmu emas. Saya tak menoleh ke belakang lagi dari 2008 sehinggalah sekarang.
Jadi apa yang saya nak share adalah.
Membaca, datang seminar dan jumpa pakar cuma berikan kita “head
knowledge”
Tindakan yang kita ambil setelah mendapat “head knowledge”
itulah yang boleh mengubah nasib kita.
Saya pernah berjumpa manusia yang berminat nak belajar ilmu emas
direct dengan saya.
Macam-macam soalan ditanya kepada saya, tapi lepas tu terus
senyap bertahun-tahun. Takde kabar berita.
Lepas beberapa tahun, orang yang sama ajak jumpa lagi untuk
dapat info, sembang kari, tapi lepas tu tak jadi apa juga.
Saya tahu “head knowledge” tanpa tindakan;
Tidak membawa anda ke mana-mana.
Fikir-fikirkan 
Take action bro

No comments:
Post a Comment