Jika anda berminat mengumpul emas, ada 3 cara belian yang anda
patut tahu.
Pilih cara yang sesuai dengan jiwa dan kedalaman poket anda 
CARA 1
Namanya outright purchase. Dalam bahasa Inggeris; cash and
carry, kalau bahasa orang kita; bayar dan bawa balik simpan sendiri.
Caranya: Tengok item yang anda nak beli, kira siap siap harga
bersih (harga emas + gold premium).
Lepas tu order kat dealer Public Gold atau online kat website
Public Gold (kalau website PG minta introducer; boleh letak PG00212651 anda
akan jadi customer saya)
Kemudian anda boleh setkan untuk ambil emas tersebut di
mana-mana cawangan Public Gold.
Jika anda mahu emas ini diposkan kepada anda, Public Gold
menyediakan perkhidmatan pos dan berinsurans sehingga RM5k @ maksima 20gram. Ia
dipanggil Gold In Transit (GIT). Kos pos ini anda yang tanggung.
CARA KEDUA
Namanya Syariah EPP. EPP bermaksud easy Payment Purchase.
Kaedah ini membolehkan anda membayar kos belian harga emas
selama 4 bulan atau 10 bulan.
Untuk belian 4 bulan, minima belian adalah RM1000 ke atas dan
untuk 10 bulan, nilai belian adalah RM5k ke atas.
Selepas bayar, anda boleh ambil emas di cawangan Public Gold
atau boleh diposkan secara GIT (untuk 20gram kebawah).
CARA KETIGA
GAP (Gold Accumulation Program) atau dipanggil Program
Pengumpulan Emas.
GAP adalah akaun simpanan yang menyimpan emas dalam bentuk emas
999.9 di dalam akaun.
Anda boleh membeli emas dengan nilai serendah RM100 atau 1 gram.
Tiada had maksima belian.
Public Gold akan menyimpan emas ini bagi pihak anda secara
percuma. Ia disahkan patuh syariah.
Untuk akaun GAP, anda tidak memegang emas fizikal namun anda
boleh keluarkan emas pada bila-bila masa di mana-mana cawangan Public Gold.
Akaun GAP fleksible kerana urusan jual beli boleh dibuat secara
online atau menggunakan apps sahaja.
Kanak-kanak dibawah 18 tahun juga boleh membuka akaun GAP dengan
seorang pentadbir akaun (ibu/bapa/penjaga).
Secara umumnya, itulah 3 kaedah untuk anda membeli emas (perak
pun boleh juga) dengan Public Gold.
Mulakan tindakan sekarang.
Orang tenang selalu menang .

No comments:
Post a Comment