Thursday, 30 July 2020

BINA TRIBE BERPENGARUH




BINA TRIBE BERPENGARUH

First time baca topik ni rasa wow bestnya.
Kenapalah baru tau. Kenapalah tak praktis dari dulu.
Yang lepas dah berlalu. Takpalah better late than never.
Mana mana cikgu content akan nasihat cakap macam ni menulis adalah praktis.
Menulis biar dari hati. Tulus dari hati
Perlukan masa. Yang penting terus je menulis. Tulis tulis dan tulis.
Belajar dan praktis.
Ikut hukum 10,000 jam nak jadi pakar dalam bidang kita , kena praktis selama 10,000 jam.
Ia adalah skil yang kena dipraktikkan. Bukan boleh dijual beli.
Cara praktis menulis boleh dikumpulkan dalam
Ebook
Blog
Menulis buku sendiri
Ketiga tiga channel adalah senjata masa akan datang.
Kenapa kena bina tribe. Padu topik ni.
Sebab orang tak suka hardsell. Meluat menyampah. Kita sendiri tak suka apatah lagi orang.
Bina content yang bagus dan storytelling yang padu . latihan menulis mainkan emosi dan tulus dari hati. lama lama akan dapat rentak sendiri.
Konsisten bina brand kita. Bina personal branding kita.
Bila orang sebut nama kita , apa 3 perkara yang diingat pasal kita.
Lain orang lain cara. Tak sama.
Saya pun tak pandai menulis. Tulisan kadang kaku kejung. Cuba berlatih menulis . tak kisah lah ada like takda like. Yang penting proses tu saya dah buat.
Ni apa yang saya baca dari buku dan banyak blog .
Antara tips bina tribe ni banyak dah dikongsi oleh cikgu personal branding tapi yang masih tak tau kita boleh share ilmu kat sini.
Start small thing everyday
1. Buat engagemnet dengan rakan fb kita. Like komen status mereka. Kalau busy sangat bagi emoji pun mereka dah cukup suka
2. Elakkan tulis benda negatif dan meroyan. Ha ni ilmu tinggi. Ilmu ketap bibir.
3. berikan tips, panduan, educate, ibrah, doa , dan lain lain
4. Tulis ejaan penuh. Bukan macam dak dak wechat . Dah la short form. Takda perenggan. Dah macam keretapi takda stop. Nak muntah baca. pening nak baca. Kenapa kena tulis dalam ejaan penuh. Sebab akan mudah kan pencarian menggunakan SEO. Kata nak jadi pakar. Kata nak konsultant. Kata nak jadi trusted seller. Benda yang basic pun tak lepas. Fikirlah sendiri.
5. Update aktiviti harian kita. Status pagi, tengahari, petang dan malam
6. Guna nama dan gambar sebenar di profile
untuk wujud trust.
7. Jadi sahaja diri sendiri. Itulah keunikan yang kita ada yang takda pada orang lain. Setiap orang ada personaliti masing masing.
8. Ada masa lawak dan humor .
9. Hormati pandangan rakan rakan fb .
10. Menulis akan tarik likers dan haters . jika ada komen negatif delete je. Atau buat tak tau. Be neutral.
11. Be a great giver. Kata kata yang baik adalah sedekah. Orang suka kalau kita beri hadian, tawaran atau produk percuma sebagai tanda penghargaan
12. Beri penghargaan dan perhatian kepada pelanggan pelanggan kita. Biasanya lepas beli atau guna produk mereka akan merasai pengalaman yang best menggunakan produk kita.
13. Personal touching ni skill mahal. Cuba fikir idea macana nak bagi rasa pelanggan rasa dihargai


Pembimbing Emas Anda

No comments:

Post a Comment