1. Assalamualaikum semua sahabat fb ticer 2000 orang dan my
follower 

2. Walaupun masih belum penuh friendlist tapi ticer syukur pada
Allah sebab buka banyak jalan dan banyak terima teguran dariNya tanda kasih
sayangNya
3. Ticer pernah down dalam bisnes dan give up tak buat apa apa
lama jugak nak dekat setahun. Satu hari Allah jentik hati . Banyak ilmu Allah
beri tapi di sia siakan.
4. Sejak itu ticer bangkit dan satu demi satu Allah buka jalan.
5. Masa buat keputusan untuk bangkit semula tu first ticer
maafkan semua orang. Walaupun susah tapi buat juga sampai hati lapang. Buang
orang orang yang menjadi beban dalam hidup. Lepaskan semua networking yang ada.
6. Start balik dari zero. Masa tu hanya niat nak buat kerana
Lillahi Taala. Satu demi satu Allah buka jalan. Niat nak belajar Lillahi Taala.
Niat nak bernetworking Lillahi Taala. Akhirnya tak tau macana jumpa networking
power jumpa team origins di bawah Cikgu Sifu
.
7. Masa cikgu offer masuk group memang tak fikir dah. Jalan
terus je. Daripada situ jumpa team MethodX pulak.
8. Rupanya Allah banyak tegur ticer. Ticer hanya manusia biasa
yang penuh dengan khilaf dan dosa.
9. Ni ticer nak share ada 4 perkara terhijab dari keberkatan
ilmu bila ada sikap ego dan sombong, rasa dah pandai dan tahu semua, tak mahu
belajar, malu untuk belajar.
10. Walaupun kita dah dengar ilmu tu 1000 kali , tapi mungkin
kita lebih faham dan dapat kuncinya pada kali ke 99 daripada guru kita.
Pentingnya jaga adab semasa menuntut ilmu atau adab berguru.
11. Kadang disebabkan ego dan sombong kita lah kita dah tahu
semua perkara menyebabkan kita berada di comfort zone dan tak mau tambah ilmu
lagi.
12. Menjadi resmi padi semakin berisi semakin tunduk
No comments:
Post a Comment