SELF DECLARATION
Assalamualaikum sahabat fb saya 1300 orang
Selamat berkenalan. Izinkan saya perkenal diri.
Nama saya Shahliza Sukiman. Panggilan iza je.
Saya mula aktif di fb sejak tahun lepas 2019. Ini adalah akaun
fb saya yang ketiga selepas yang lama kena block. 
Saya mula bertatih menulis selepas saya dapati idea saya banyak
saya curahkan dalam penulisan. Ini adalah latihan 10,000 jam saya. 

Apa saya buat?
Saya terlibat dalam bidang pendidikan. Seorang guru di sebuah
islamic school. Dan saya menjalankan bisnes jual beli emas, gold bar, dinar,
emas 916, Aurora Italia dan Pgmall shopping online di bawah Public Gold Group.
My passion adalah menulis dan mengajar.
Especially menulis dan mengajar ilmu emas. Educate orang supaya
celik ilmu emas.
Misi saya tahun ini nak BANTU 300 PENYIMPAN EMAS DAN DAPAT
MANFAAT daripada simpan emas, perbaiki kewangan, pengurusan hutang dan
pengurusan kewangan yang baik.
Kenapa saya nak BANTU 300 ORANG BUAT SIMPANAN EMAS?
Sebab
1. Tak guna gaji 4-5 k tapi ape saving pun tak buat. Asik sibuk
upgrade hutang dan lifestyle. Duit asik bocor je.
2. Tak tahu pengurusan kewangan yang betul
SILAP URUS WANG DAN HUTANG
3. Tak guna kerja bertahun tahun tapi masih tak dapat kumpul
aset
4. Tak guna meniaga bertahun tahun tapi masih di takuk lama.
Saving pun takda apatah lagi nak beli aset dan kembangkan empayar bisnes.
5. Taknak hidup biasa biasa dah penat. Nak jadi luarbiasa dari
segi kewangan, pencapaian dan spiritual
6. Saya pernah hidup susah sampai takda duit nak makan. Makan
nasi kosong , kicap dan telur mata. Sebab buat banyak bisnes asik tak menjadi.
Saving pun takda 0
7. Ayah saya abaikan mak dan kami 12 beradik sebab kawin lain.
Masa tu emak tak kerja tapi susahnya hidup Allah je yang tahu. Bisnes kedai
runcit dah gagal dan rugi kedai tutup. Perniagaan bas asyik rosak setiap hari.
Begitu strugglenya mak besarkan kami 12 orang adik beradik. Ayah tak pedulikan
kami . Saya anak perempuan sulung. Saya baru graduate masa itu dan baru kerja.
Betapa stress dan depresinya saya waktu itu. Selama berniaga bertahun tahun mak
takda buat simpanan langsung. Tapi ada sedikit tanah mak ambil duit pajak untuk
duit makan dan adik adik sekolah. Mak cakap sebab guna duit untuk besarkan
kami. Hari hari saya menangis sampai airmata dah kering. Dari situ saya berazam
taknak hidup susah , nak jadi orang kaya, banyak duit, nak ada bisnes. Rupanya
banyak ilmu saya takda
Takda ilmu bisnes
Takda ilmu pengurusan wang
Takda ilmu pengurusan hutang
8. Baru saya sedar nak run bisnes kena ada ilmu
Sales dan marketing
Leadership
Build team . use leveraging
System
Bila saya faham perkara ni saya mencari bisnes dan produk
kewangan yang kena dengan soul saya.
Saya cuba dalam takaful tak kena
Saya cuba unit amanah tak masuk
Saya cuba saham tak kena jiwa
Saya jumpa platform emas yang kena betul dengan jiwa saya dan
permintaan. Itulah public gold group.
Dan baru saya faham ramai sebenarnya orang kat luar nak cari 4
benda ni dalam bisnes mereka.
Financial freedom
Time freedom
Family freedom
Dan lain lain
Saya nak bantu sebab saya dah pernah jatuh rugi buat kesilapan
kewangan berkali kali dari
1. Pengalaman diri sendiri
2. Pengalaman dari family
3. Pengalaman orang lain
Saya terbaca satu buku tentang kisah seorang yang dah jatuh
bankrup. Bila bankrup dah takda apa apa dah nilai seorang manusia semua hilang.
Harta dan aset kena lelong. Kepercayaan diri hilang. Hidup dalam ketakutan,
tekanan, depresi sebab memikirkan hutang berjuta. Tapi kisah ini sangat memberi
inspirasi kepada saya bila insan ini bangkit dari bankruptcy dan berusaha
menjadi multi jutawan berkali kali.
Saya lihat ramai peniaga especially melayu dan muslim mereka dah
berniaga bertahun tahun tapi masih di takuk lama. Aset tak dapat nak beli.
Simpanan takda. Apatah lagi nak luaskan empayar bisnes. Di mana silapnya.
Ada yang berjaya tapi 90% ramai yang gagal.
Sebab itu saya nak bantu orang simpan emas dan kumpul aset. Dan
beri peluang untuk jalankan peluang bisnes bersama pg group.
Dulu macam macam bisnes saya buat tapi semua tak kena dengan
jiwa, sehinggalah saya jumpa platform emas dan pg group yang kena dengan jiwa
dan ada 4 perkara ni
Skill Sales dan marketing
Skill Leadership
Skill Bina Team dan Networking
Skill Sistem
Baru saya dapat rahsia bagaimana nak capai financial freedom.
Sekian coretan saya . Doakan saya sahabat!

No comments:
Post a Comment