Friday, 31 July 2020

BAGAIMANA KENAIKAN HARGA EMAS BERLAKU




Gais.

Kenapa emas naik banyak hari ini?

Kita boleh nampak harga emas melambung sekitar jam 8.00 malam ketika pasaran London bertemu pasaran US.
Gold melonjak daripada USD1825/Oz kepada USD 1840/Oz
Apa sebabnya?
Faktor utama yang mendorong kenaikan harga emas adalah keputusan 27 kerajaan Kesatuan Eropah (EU) yang meluluskan pakej rangsangan/dana pemulihan (baca sebagai cetak duit) sebanyak 750 BILLION EURO.
Duit ini akan diedarkan kepada negara-negara ahli dan kepada sektor-sektor yang terjejas akibat covid-19 dalam bentuk geran dan pinjaman.
Sebagai tambahan kepada dana pemulihan, EU menyatakan bahawa budget mereka pada 2021 sehingga 2027 dianggarkan berjumlah 1.074 trilion euro.
Pakej rangsangan/dana pemulihan + budget 2021-2027 Kesatuan Erppah dijangka menjangkau 1.824 trilion euro.
Tuan puan sekalian, sila baca news ini seperti berikut:
Untuk keluar daripada kemelesetan ekonomi; kesan covid-19, Kesatuan Eropah mencetak duit yang banyak untuk diedarkan kepada negara-negara ahli.
Dalam masa yang sama, terdapat ura-ura kerajaan US juga akan menambahkan dana pakej rangsangan sebanyak 1 TRILLION USD (baca cetak duit lagi) bagi memulihkan ekonomi mereka akibat covid-19.
Duit yang banyak akan merangsang ekonomi tetapi kesan buruknya adalah ia akan menyebabkan risiko inflasi dan penurunan nilai matawang.
Dalam situasi inflasi dan penurunan nilai matawang, emas akan memainkan peranan sebagai pelindung nilai.
Sebab itu berita ini memberikan reaksi positif kepada harga emas.
Pada pendapat peribadi saya, pakej rangsangan/dana pemulihan Kesatuan Eropah dan US akan meningkatkan emas dalam jangka masa panjang (2-3 tahun minima).
Jadi untuk pelabur emas sekalian, walaupun harga emas tinggi di dalam Ringgit Malaysia, namun ia boleh naik lagi. Jadi anda teruskan membeli dan menyimpan untuk jangka masa panjang.








No comments:

Post a Comment