Semasa zaman Nabi Muhammad s.a.w ada seorang sahabat Nabi s.a.w
bernama Abdul Rahman bin Auf seorang saudagar tuhan.
Bukan saja influencer terkenal pada waktu tu tapi seorang
jutawan hartawan dermawan yang sangat zuhud.
Nak cerita pasal harta kekayaannya waktu itu memang di gunakan
semua untuk perjuangan Islam tanda taat pada Allah dan tanda kasih sayangnya
pada Rasulullah.
Abdul Rahman seorang yang sangat suka bersedekah kepada fakir miskin
dan orang susah.
Antara harta sedekahnya
1. 500,000 dinar emas untuk orang miskin
2. 400 dinar emas untuk setiap seorang 100 tentera perang badar
yang masih hidup.
3. Pemberian 1500 ekor unta untuk tentera islam
4. Pemberian 500 ekor kuda untuk tentera islam
5. Menjual tanah bernilai 40,000 dinar dan sedekahkah
keseluruhannya
6. 80,000 dinar kepada 4 isteri rasulullah selepas wafat
Gais, jika ikut kiraan hartanya bernilai jutaan dan billion.
Ibarat kalau kita tengok Malaysia ada 1 KLCC . Dah rasa gah kan,
tapi Abdul Rahman bin Auf ada beratus KLCC.
Dari 1400 tahun dulu dinar tak pernah berubah .
1 dinar bersamaan 4.25 gram emas. Dirham pula matawang perak.
Ikutkan harga emas sekarang 1 dinar bersamaan anggaran rm1000 .
Harga ini mungkin akan naik lagi.
Jom kita kira sama sama.
Jika 500,000 dinar x rm1000
Total RM500,000,000 juta! sedekah untuk orang miskin. Belum lagi
di campur harta hartanya yang lain.
Masa ticer baca sejarah mata wang dan Tamadun Islam, ticer
sangat tertarik dengan emas dan perak.
Sejak itu ticer kaji dan baca lagi tentang sejarah wang kertas.
Serammm.
Nak bagitau ini adalah fakta. Wang kertas memang dicipta untuk
menyusut nilainya.
Sejak itu ticer yakin dan tak pandang belakang lagi. Semua dah
dijawab dalam Quran. Kembalilah pada muamalat Islam.
Nanti ticer sambung lagi.
No comments:
Post a Comment