Sunday, 29 November 2020

E-WASIAT MAIS MUDAHKAN MASYARAKAT TULIS WASIAT⁣

 


⁣⁣
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah membuat pelaksanaan transformasi baru bagi pengurusan harta pusaka dan wasiat dengan memberi kemudahan kepada masyarakat Islam untuk menulis wasiat dengan lebih mudah, pantas dan efektif melalui digital dalam talian. ⁣
Melalui pendaftaran awal menerusi sistem e-Wasiat ini, secara tidak langsung akan mampu menangani masalah pembahagian harta pusaka apabila seseorang itu meninggal dunia di samping mengelakkan sebarang isu pergaduhan atau perebutan harta pusaka antara waris sebagaimana yang kerap berlaku dalam masyarakat kita kini.
Berwasiat kini lebih mudah, hanya dengan RM300 sahaja, masyarakat boleh berwasiat dengan e-Wasiat MAIS. ⁣
Dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat berkaitan kepentingan penulisan wasiat ini, MAIS amat berharap, umat Islam khususnya di Selangor akan menggunakan kemudahan ini bagi pengurusan wasiat mereka. ⁣
Permohonan pendaftaran akaun e-Wasiat ini mudah diakses dan pengguna hanya perlu membuat pendaftaran dengan mengisi borang dan maklumat harta-harta serta harta yang ingin diwasiatkan dan lebih memudahkan pembayaran perkhidmatan ini boleh dibuat secara atas talian untuk proses lanjutan penulisan wasiat. ⁣
Melalui e-Wasiat ini, MAIS akan melaksanakan pengurusan dan pembahagian wasiat dan harta pusaka dengan telus, adil dan profesional mengikut hukum syarak kepada benefisiari dan ahli waris. ⁣
⁣⁣
Masyarakat yang ingin mendapatkan perkhidmatan e-Wasiat ini boleh melayari laman web di www.mais.gov.my. Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah terus hubungi pegawai di Bahagian Harta Baitulmal, MAIS di talian 03-5514 3773/3772.
⁣⁣
P/S: Bantu kami sebarkan info PENTING ini ya. ⁣⁣
⁣⁣



No comments:

Post a Comment