Ini graf simulasi yang dibuat oleh Dr Nor Erne Nazira Bazin.
Graf ni dibuat khas berdasarkan data di negeri Selangor sahaja supaya kita dapat lihat kesan PKPB kepada trend kes di sana.
Graf atas, kes kumulatif dari awal wabak
Graf bawah, kes aktif yang dalam rawatan.
Kita akan follow graf kes aktif sebab itu adalah gambaran beban kepada sistem kesihatan.
Secara kasar, kita boleh nampak kes aktif adalah dalam trend yang menaik sejak pertengahan bulan September 2020.
Sehingga harini kes aktif dah 1355 orang.
Jika trend ini berterusan di Selangor bilangan kes aktif akan cecah lebih 3000 kes pada akhir November. (kira-kira dua kali ganda)
Setakat harini kes kumulatif di Selangor dah 5410. Mengikut graf simulasi ini, kes kumulatif boleh cecah 12000 orang pada akhir November. **(ni bukan kes harian baru tapi kumulatif, jumlah semua kes dari awal wabak).
Jelas melalui graf ini kita nampak PKPB yang dah kira kira 3 minggu dilaksanakan ini tidak menampakkan kesan penurunan kes, dalam kata mudah kita tak nampak ia berkesan.
Dalam graf simulasi ini juga, kita boleh tengok, macam mana supaya wabak jadi terkawal dan trend kes aktif jadi menurun?
Kita perlu rendahkan contact rate sekarang kepada separuh. (dalam simulasi ni contact rate 4 - - - > turun kepada contact rate 2)
Contact rate ,dalam kata mudah ialah bilangan orang yang kita jumpa dalam sehari.
Jadi bagaimana nak buat supaya bilangan orang yang semua orang jumpa setiap hari jadi separuh dari biasa?
Ini sangat penting, kerana dengan cara ini sahaja, kes akan mula terkawal dan menurun.
Tepuk dada tanya diri kita.
Sanggup tak kita kurangkan jumpa orang sehingga kes jadi terkawal?
Tanya diri kita.
Sanggupkah kita biar wabak tidak terkawal dan melihat seorang demi seorang terkorban setiap hari?
Terima kasih Dr Erne atas perkongsian graf simulasi untuk negeri Selangor ini.
Kredit : Dr
Safiya Amaran

No comments:
Post a Comment