Mungkin ramai lagi yang belum tahu bahawa pos malaysia ada sediakan perkhidmatan ArRahnu di 65 cawangannya di seluruh Malaysia
1. Pada tahun 2015, syarikat jual beli emas Public Gold Marketing Sdn Bhd (Public Gold) terus melakar apabila menjalinkan kerjasama dengan Pos Ar Rahnu Sdn Bhd (Pos ArRahnu), anak syarikat Pos Malaysia Bhd secara rasmi
2. Majlis menandatangani dokumen perjanjian disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Public Gold, Datuk Louis Ng bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh.
3. Kerjasama antara syarikat Public Gold dan POs membuktikan permintaan yang tinggi terhadap emas, produk yang diiktiraf dari London Bullion Market Association ( LBMA)
4. peringkat permulaan , Public Gold telah perkenalkan koleksi bar emas edisi khas Pos Malaysia seberat 1 gram dengan harga RM200 seunit
5. Produk public gold boleh dimiliki di semua rangkaian Pos Malaysia termasuk di 65 cawangan Pos Arrahnu dan 18 cawangan Public Gold.
6. Mohd Shukrie berkata, Pos ArRahnu menyasarkan pengeluaran pembiayaan sehingga RM1 bilion kepada pelanggan menjelang 2018 berbanding lebih RM700 juta pembiayaan diberikan kepada 100,000 pelanggan sejak tiga tahun lalu.
7. Kewujudan 65 cawangan ArRahnu di seluruh negara akan lebih memudahkan urusan pelanggan termasuk yang ingin menyimpan emas, membeli emas terpakai dan menjual produk emas untuk tujuan pelaburan.
8. sebagai ejen korporat tunggal Public Gold, Pos ArRahnu akan terus mengembangkan sayapnya dari perniagaan asal berkonsepkan pajak gadai patuh syariah kepada pusat penyelesaian emas sehenti dengan menjual produk emas pelaburan.

No comments:
Post a Comment