Tuesday, 3 November 2020

Tips emas #7

 Tips emas #7

Bagaimana mekanisme Ar Rahnu di Malaysia ?
1. Hanya emas dan barang kemas yang di buat dari emas sahaja boleh di pajak.
2. Perkhidmatan ArRahnu boleh diguna oleh sesiapa samada warga tempatan atau asing muslim atau tak.
3. Margin pembiayaan adalah dari minimum RM100 sehingga 60-70% daripada nilai emas.
4. Kos upah simpan bergantung kepada setiap ArRahnu. Ia tak sama. Contoh lebih kurang RM0.70 sen bagi setiap RM100 nilai emas yang dipajak.
5. Tempoh pinjaman dari 1 ke 6 bulan.
6. Jika tak mampu bayar dalam masa 6 bulan boleh lanjut ke 12 bulan dengan syarat bayar dulu kos upah selama 6 bulan.
7. Sekiranya sehingga habis tempoh pinjaman masih tak dapat bayar emas akan dilelong. Sebarang lebihan lelong setelah ditolak kos upah simpan lebihan tadi akan dikembalikan semula kepada peminjam.
8. Lagi cepat barang gadaian ditebus. Lagi sikit jumlah kos upah simpan.
semoga bermanfaat
9 Rabiulawal

No comments:

Post a Comment