Sunday, 29 November 2020

Tips Emas #12


Di manakah saya boleh menjual emas?
Jawapan pertama ialah anda boleh menjualnya di mana-mana di dunia ini.
Jawapan yang lebih baik ialah tempat yang sama di mana anda membelinya. Ini adalah kerana anda akan melalui kurang kerenah dan lebih pentingnya, mendapat harga jualan tertinggi di sana.
Ini menjelaskan kenapa anda patut membeli (1) emas dalam bentuk yang paling diterima ramai kerana ia mempunyai pasaran yang paling luas, (2) daripada syarikat-syarikat yang besar kerana peluang untuk mereka tutup kedai adalah rendah.
Syarikat yang lain mungkin akan membeli emas yang anda beli dari tempat lain tetapi mereka biasanya akan mengenakan caj yang tinggi. Ini mungkin setinggi 25 peratus atau lebih daripada harganya.
18 Rabiulawal




No comments:

Post a Comment