Tips emas #9
Apa kelebihan ArRahnu ?
1. Nilai pajak gadai muhasabah
Dalam Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 tak tetapkan nilai tara atau kriteria untuk menilai barang yang digadai. Pembiaya Arrahnu dapat berikan nilai pajak yang munasabah berbanding pajak gadai konvensional.
2. Notis lelong
Pembiaya akan berikan notis sebanyak 3 kali sebelum mereka melelong emas peminjam.
3. Barang gadaian adalah dalam penjagaan pembiaya. Ia mesti berkeadaan sama seperti sebelumnya.
Bila emas ditebus tidak sepatutnya berlaku rantai emas lebih pendek atau lebih ringan yang mana kadang boleh berlaku pada kedai pajak konvensional.
4. Tiada faedah yang terlibat ( No Riba )
Pembiaya tidak dibenarkan mengenakan faedah tambahan atau riba. Hanya kos upah simpan yang dibenarkan .
5. Lebihan wang daripada lelongan akan dikembalikan kepada peminjam
Begitulah. semoga bermanfaat
Ilmu emas percuma t.me/cekgusilogamkuning
11 Rabiulawal
No comments:
Post a Comment