Sunday, 29 November 2020

MISI MOVE ON

 

Sedar tak sedar dalam tempoh tak sampai setahun, saya berjaya menyimpan emas melebihi 100g. Bila dikira dalam jumlah wang tunai sudah melebihi 30k sudah berjaya disimpan.
Perkara ini sukar saya lakukan dahulu bila mana saya berusaha menyimpan wang di dalam Tabung Haji. Selalu berlaku simpanan akan jadi susut kerana ada sahaja dirasakan keperluan untuk mengeluarkan simpanan tersebut.. Tambah semula.. Susut lagi... 😅
Begitulah.. Ada saja yang terlintas di fikiran untuk membeli itu dan ini lebih2 lagi bila melihat jumlah rm yang semakin meningkat.. tapi tiap kali susut hati selalu memujuk bahawa nanti boleh kumpul semula.. Realitinya simpanan susah nak kekal apatah lagi untuk bertambah 🥴
Sekarang tidak lagi, setelah tabiat menyimpan emas dah jadi ketagih.. Dapat saja gaji saya akan alih siap2 untuk membeli emas. Bahkan emas yang dibeli 3 tahun yang dulu pun masih kekal dalam simpanan. Rasa sayang untuk jual jika tiada keperluan mendesak.
Alhamdulillah hati dah lega.. jumlah belian emas dalam tahun ni campur dengan emas yang dibeli dalam tempoh 3 tahun yang lepas, saya dah boleh tersenyum lebar. Lepas ni jika berhajat untuk menunaikan umrah, nak kenduri kawinkan anak atau nak buat modal tambahan membesarkan perniagaan, masa tu boleh lah jual emas ni atau pajak di ar rahnu pada bila2 masa saja..
Buat masa sekarang pasang target dulu untuk 1 kg emas.. Agak2 berapa tahun boleh capai target ni ya... 😍
Kredit : Cikgu Ain








No comments:

Post a Comment