Tuesday, 3 November 2020

Tips emas #10

 Tips emas #10

2 KESILAPAN AMATUR
Antara kesilapan yang dilakukan mereka yang beli emas tanpa ilmu emas.
1. Beli emas 916 sebagai pelaburan.
Emas 916 biasanya dalam bentuk barang kemas tak sesuai di jadikan pelaburan. Barang kemas 916 sesuai sebagai barang kecantikan dan perhiasan sebab nilai spreadnya biasanya sehingga 25% .
Ada kes di mana pelabur yang tersilap beli emas. bila dengar harga emas naik terus pergi kedai emas beli barang kemas 916 dan beli samapai 1kilo. bila nak jual balik nilai spreadnya 25% ! . Jika bercadang atau kecemasan nak gunakan tunai pergi pajak di ArRahnu.
Ramai yang buat kesilapan sebegini sebab takda ilmu emas.
Emas yang sesuai untuk pelaburan adalah dalam bentuk jongkong emas atau syiling emas berketulenan 99.9% .
Jika nak explain panjang lagi.
2. Beli emas tapi tak tahu nilai spread.
Sangat penting dan wajib tau dan tanya, jika bercadang nak beli emas samada gold bar, dinar, barang kemas dari mana mana kedai atau mana mana agen emas anda kena tau BERAPA NILAI SPREAD .
nilai spread ni penting anda tau sebab masa nak jual nanti emas akan ditolak nilai spread. ada sesetangah kedai atau syarikat yang kenakan nilai spread lebih dari 10% . Hanya beberapa syarikat emas sahaja yang nilai spreadnya di bawah 10% dan terima atau beli emas samada calar atau putus.
cukuplah dulu nota harini. dapat sesuatu?
semoga bermanfaat
14 Rabiulawal

No comments:

Post a Comment