Thursday, 31 December 2020

Berdamai Dengan Diri


Pesan mentor motivasi ticer Dato' Dr Haji Fadzilah Kamsah, perjalanan 1000 batu bermula dari langkah pertama kita hari ni.
Nak sukses?
Berdamailah dengan diri. Tenangkan hati.
Bangkit dan terus melangkah.
Jatuh tu biasa. Bangkit berkali kali itu yang luarbiasa.
Kadang rasa dah penat sangat dengan ujian dan halangan.
Kadang rasa putus asa dan kecewa .
Itu normal. Sebab apa? Sebab kita manusia biasa dan manusia normal akan rasa kecewa dan putus asa. Kita hidup kat dunia memang Allah uji macam macam .
Cuma kena ingat, kerja syaitan memang nak sesatkan manusia. Dia akan goda manusia sampai rasa putus asa, kecewa, penat, rasa nak bunuh diri. Inilah tanda tanda penyakit umat akhir zaman. Kecewa dan putus asa dengan ujian. Namanya stress, kemurungan, penyakit gila.
Saat manusia itu rasa putus asa , syaitan akan berkata , aku lepaskan diriku dari manusia ini.
3 tips orang berjaya :
1. Boleh belajar ( learnable)
Sentiasa kosongkan diri belajar perkara baru setiap hari.
2. Boleh di ajar ( teachable)
Nak berjaya macam mentor. Ikut sahaja apa mereka suruh buat sebab sebelum mereka berjaya mereka dah masuk gaung berkali kali, dah langgar dinding berkali kali.
3. Suka dengan apa yang kita buat ( Love what we do )
Kena sukaaaaa sangat dengan apa yang kita buat.
Nak berjaya kita kena buat perkara yang kita benci.
Begitulah .
Sebelum ni kurang suka dengan buah 🥝 , bila tau khasiat dia sebagai superfood plus buah 🥝 juga makanan favorite Rasulullah s.a.w . Happy saturday 💞




No comments:

Post a Comment