Thursday, 31 December 2020

Labu Kuning


Allah tumbuhkan LABU KUNING ( yaqthin) untuk NABI YUNUS ( Al Saffat ayat 146) yang ketika itu sedang sakit kerana baru di muntahkan oleh ikan Nun.
Labu inilah yang baginda makan untuk memenuhi keperluan nutrisinya yang sangat lemah ketika itu seperti bayi yang baru dilahirkan.
Insan yang sangat kita cintai Baginda RASULULLAH S.A.W sangat suka makan Labu.
Jika dihidangkan makanan dan ada labu dalam hidangan itu, Baginda akan mengambil labu di bandingkan makanan yang lain.
Kenapa ?
Sebab :
1. Labu mempunyai nutrisi yang sangat baik untuk tubuh kita.
2. Labu mempunyai 94 % air, 4 % karbo dan 1 % protein. Sudah cukup untuk keperluan nutrisi tubuh kita.
Seperti mana di ceritakan dalam surah Al Saffat ayat 142- 146 di mana NABI YUNUS memakannya untuk memulihkan tenaganya semula yang ketika itu sangat sakit dan lemah kerana lama berada di dalam perut ikan Nun.
3. Labu sangat baik untuk perut, mata, anti kanser, pemulih tenaga dan banyak lagi.
4. Labu juga tidak akan di hinggapi lalat
5. Boleh bertahan lama , boleh di makan begitu saja , boleh di makan tanpa perlu menunggunya untuk masak.
Kredit : Hasiah Ismail
Silakan share





No comments:

Post a Comment