Tips berguna perkongsian dari fb Gavin Sigau.
Hari ini saya ingin berkongsi “Tips” untuk menjimatkan ruang peti sejuk dan memudahkan anda menyahbeku (thawing) daging yang beku.
Tips ini sesuai bagi ibubapa atau suami isteri yang bekerja . Balik dari kerja sudah lewat petang dan kena ambil anak-anak dari sekolah/pusat penjagaan lagi. Jadi, saya share sikit bagi yang belum pernah buat.
A. Cara menjimatkan ruang peti sejuk
Pertama, selepas membeli daging (ayam, lembu, ikan, etc) dari pasar raya. Bersihkan daging menggunakan air sebersih yang mungkin.
Kedua, potong atau agihkan daging mengikut bilangan orang yang akan makan masakan tersebut ke dalam bekas (container).
Macam saya, pakai yang murah saja jenama #elianware (Yang penting boleh dibekukan/freezer safe).
Ketiga, pilih warna bekas yang sesuai mengikut cita rasa masing-masing. Contoh: ayam(bekas ungu), daging (hijau), ikan (biru). Ini sekadar contoh.
*Apabila anda memilih warna sesuai dengan kesukaan anda, pasti menyeronokkan.
B. Proses menjimatkan masa untuk menyahbekukan daging.
Pertama, sebelum anda keluar rumah untuk bekerja. Keluarkan daging yang hendak anda masak dan masukkan ke ruangan peti sejuk di bawah (chiller) yang tidak akan beku (*jika ruang beku di bawah, simpan di ruangan atas).
Kedua, jika ada masa terluang di tempat kerja, fikir-fikirkan lah resepi apa yang nak di masak dengan daging yang sudah dikeluarkan tadi.
Ketiga, selepas balik dari kerja dan bersihkan diri. Ambilkan daging yang sudah di nyahbeku tadi dan masak mengikut resepi yang sudah terperap dalam otak anda selama di tempat kerja
.
Terdapat tiga cara penyahbekuan:
a. Rendam dalam bekas dengan air yang mengalir,
b. Gunakan microwave (pilih defrost),
c. Nyahbeku di ruang dingin (chiller).

No comments:
Post a Comment