Thursday, 31 December 2020

Kenapa Ramai Orang Stress?

 Salam Jumaat barakah. Semoga kita dalam limpahan rahmatNya

Kata guru,
Kenapa ramai orang harini cepat #stress dalam hidup ?
Stress dengan diri.
Stress dengan duit.
Stress dengan pasangan.
Stress dengan anak anak.
Stress dengan kerja.
Stress dengan hidup.
Kita tengok orang lain buat jadi meletop dapat macam macam nikmat.
Kita buat apa semua tak jadi jadi . Kenapa. Lalu kita giveup. Bersangka buruk dengan Allah. Sangka buruk dengan manusia.
Ingat give up tu adalah perangkap syaitan . Syaitan memang nak kita give up.
Sebab
1. Kurang syukur dalam diri
2. Buat sesuatu nak cepat hasil dan result . Harini buat esok nak dapat hasil. Minggu ni buat semalam nak dapat hasil
3. Takda ilmu.
Sebagai manusia yang faqir keupayaan kita hanyalah usaha , doa dan mintak pada Allah.
Kita hamba tak layak tanya Allah bila aku nak dapat apa yang aku minta.
Berapa dan bila Allah nak bagi bukan hak kita untuk kita persoalkan . Jangan buat kerja Allah. Tugas kita sebagai hamba buat buat buat. Doa doa doa. Mintak mintak mintak dengan sifat hamba .
4. Tak fokus dan #istiqamah .
Kejap buat tu. Kejap buat ini. Kejap doa. Kejap tak doa. Allah tengok kita tak bersungguh dengan amalan kita. Allah tengok kita tak bersungguh dengan doa kita.
Semoga kita menjadi manusia yang lebih baik setiap hari

No comments:

Post a Comment