Kenapa simpan emas ?
Biasanya bila gaji masuk, kita akan check berapa jumlah gaji yang masuk.
Pakar kewangan cakap save first spend later.
Ikut pengalaman ticer sendiri, spend first save later. Nak save tu pun kalau ada lebih. Itu masa zaman jahiliyah takda ilmu.
Dan satu penyakit yang ramai orang ada adalah parkinson disease saat gaji masuk. Iaitu tangan menggeletar tak boleh tahan emosi tengok sales kat shopee atau lazada, lagi lagi promosi 11.11 
jap lagi nak masuk 12.12 pulak. Standby akaun bank untuk diperabihkan.
Selagi tangan tak tekan buy selagi tu parkinson disease tak hilang.
Selagi duit dalam bank tak habis. Selagi tu tekan butang buy. Apa susah sekarang kan semua online.
Dalam mindset kita eh suka hati akulah aku nak beli apa aku suka. Reward untuk diri. Ye betul tak salah tapi berpada pada.
Sape ada masalah macamni ? Dulu ticer memang ada masalah macamni. Suka nak berbelanja, duit selalu bocor.
Namun sejak tukar kepada emas. Hati rasa tenang dan jiwa tenteram. Malah makin sayang duit bila dah tukar nak belanja.
Keinginan membuak buak tadi sebenarnya bukan keperluan hanya keinginan.
Siapa ada masalah selalu kebocoran wang cuba tukarkan pada si logam kuning ni.
Buat dulu baru komen.
Yang dah baca dan buat dan simpan merekalah orang orang yang beruntung.
Ticer hanya bantu dan tunjuk jalan je. Tindakan tu semua datang dari diri sendiri.
No comments:
Post a Comment