Kata Brian Tracy ,
95% apa sahaja perkara yang kita buat dalam hidup, kejayaan yang kita capai bermula dengan habit. Orang putih cakap habit tu sikap atau tabiat.
Setiap manusia ada tabiat baik dan buruk. Hanya kita diri sendiri tahu apa tabiat kita.
Segala bermula dengan habit.
Mulakan habit yang baik. Sikap yang baik. Dan jadikan sikap yang baik itu sebagai master dalam hidup kita.
Ulang berkali kali hingga jadi rutin.
Habit yang baik sangat susah di bentuk namun boleh di pelajari dan dipraktikkan.
Berita baiknya habit yang baik boleh dipelajari.
Berusaha untuk bentuk atau develop habit yang baik . Praktikkan dalam rutin hidup seharian kita. Lama lama habit tadi akan serasi dengan diri.
Apa tabiat baik yang kita nak buat dalam hidup. Ramai orang sukses dan hebat mereka berjaya sebab ubah tabiat dalam hidiup mereka.
Kita boleh ubah dengan mengubah tabiat buruk menjadi tabiat baik .
Contohnya
Kita perbaiki solat 5 waktu jadi solat di awal waktu
Kita perbaiki bacaan solat dan Quran dengan belajar tajwid
Kita perbaiki skil dan upgrade diri dengan rajin berguru dengan mentor
Kita perbaiki hubungan dengan manusia dan Allah
Ini contoh je
Semoga kita menjadi orang yang lebih baik setiap hari.
Semoga Allah rezekikan kita seorang yang fokus dan #istiqamah
No comments:
Post a Comment